METRO
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon drama dan filem popular berusia 25 tahun yang sering mencetuskan kontroversi antaranya penyebaran gambar intim dengan teman lelakinya di Internet membuat laporan polis mendakwa dia dicekik, ditampar dan ditumbuk teman lelakinya itu, kelmarin.
Lebih mengerikan apabila teman lelaki mangsa yang juga seorang pelakon drama bersiri Tari Kirana dan Sahara disiarkan di TV3, berusia 22 tahun itu mengugut untuk membunuhnya.
Semuanya bermula apabila pelakon wanita yang bakal muncul menerusi drama Laila Manja (TV3), memulakan kerjayanya dalam bidang model sebelum bergiat aktif dalam lakonan itu dipukul selepas terbabit dalam pertengkaran apabila mangsa menemui teman lelakinya itu sedang berdua-duaan dengan seorang wanita di dalam rumahnya.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi di rumah teman lelakinya di sebuah kondominium di Damansara, di sini, pelakon lelaki yang turut dilanda kontroversi kerana bergaduh dan mengugut membunuh wartawan tahun lalu, terkejut apabila mangsa tiba-tiba membuka pintu rumahnya.
Difahamkan, pelakon wanita terbabit mempunyai kunci pendua rumah berkenaan dan pergi ke rumah teman lelakinya itu tanpa pengetahuan pelakon lelaki berkenaan kononnya untuk membuat kejutan.
MURAI
KL, 27 JULAI 2011: Ish Ish Ish, kenapa pulak ni? Kenapa pulak pelakon Ammar Alfian tu tiba-tiba nak pukul kekasihnya, Puteri Sarah Liyana pulak? Bukankah selama ni, diaorang tu dikenali sebagai loving couple?
Hai, tak best betullah Murai Batu bila dapat tahu berita-berita yang macam ini. Yelah, belum pun kahwin dan jadi laki bini, dah mula nak pukul sesuka hati pulak?
Kalau setakat pukul-memukul, rasanya masih boleh dimaafkan lagilah, tapi, bila dah masuk bab-bab cekik dan bagi penampar, rasa Murai Batu, itu dah jadi kes berat dah tu.
Yang buatkan Murai Batu terkedu sangat tu, bila kejadian ini melibatkan soal isu cemburu. Puteri Sarah Liyana khabarnya datang ke rumah Ammar Alfian pada malam tadi dan mendapati bahawa ada seorang wanita bersamanya di dalam rumah tersebut.
Macam biasalah, sebagai awek, mstilah Puteri Sarah naik hantu bila tengok kehadiran wanita tu. Mesti dia nak tahu, apa yang sebenarnya tengah berlaku? Siapa wanita tu? Dan, kenapa dia mesti ada kat rumah tu?
Tapi, bila nampak Puteri Sarah Liyana, Ammar pulak dikatakan marah-marah sehingga berlaku pertengkaran di antara mereka berdua. Apa jadi pada perempuan yang satu lagi, Murai Batu tak tahu.
Yang Murai Batu dapat tahu, disebabkan tak dapat nak kawal kemarahan, kedua-dua bertengkar lebih hebat lagi sehingga berlaku kejadian mencekik, pukul-memukul dan tampar-menampar. Siapa yang kena cekik, kena pukul, kena tampar serta siapa yang mencekik, memukul dan menampar tu, korang faham-faham sajalah.
Disebabkan hal tersebut, Puteri Sarah terpaksa menghubungi polis untuk dapatkan bantuan. Malah,Puteri Sarah turut dinasihatkan pihak berkuasa untuk membuat laporan.
Persoalannya yang Murai Batu nak tanyakan di sini, kenapa Puteri Sarah Liyana datang ke rumah Ammar Alfian?
15 August 2011 at 01:12
aku betul2 meluat ngan dua ekor nih..
couple mengalahkan laki bini..
awal2 lg dah kontroversi..kalo korang break pon aku tak heran..