Azad Jazmin Tetap Akan Menyaman Bekas Kekasih, Faezah Elai?

Di kala Faezah Elai ingin menyambut hari bahagianya dengan bakal suami Heykal Hanafiah, yang akan di nikahi pada 9 September ini, bekas kekasihnya pula di katakan tetap akan meneruskan niatnya untuk menyaman bekas kekasihnya itu, Faezah Elai. Sebelum ini, Azad Jazmin yang pernah berlakon dalam filem Ngangkung itu, pernah membuat kenyataan, yang beliau akan menyaman bekas kekasihnya, sekiranya bekas kekasihnya itu membuat pengumuman untuk berkahwin dengan Heykal. Tujuan beliau menyaman Faezah, adalah kerana ingin membersihkan imej beliau yang tercalar. Sebelum ini, Azad pernah berang dengan Faezah, berikutan Faezah menyamanya kerana kononya beliau menjadi dalang menfitnah Faezah mempunyai hubungan dengan Heykal yang ketika itu masih menjadi suami orang. Oleh kerana itu, Azad di katakan akan memasang peguam sekiranya Faezah membuat pengumuman akan bernikah dengan Heykal, bagi membuktikan siapa yang benar justeru membersihkan namanya yang tercalar kerana kenyataan Faezah itu.Untuk pengetahuan, Azad kini baru selesai merakamkan single duet pertamanya, bersama teman wanitanya, Eira Syazira. Single berjudul "Lagu Jiwa" ini akan dimuatkan dalam album pertamanya yang akan beliau lancarkan tidak lama lagi. Berikut ulasan Azad ketika di temui.
 “Saya pun baru tahu tentang pengumuman ini. Kalau ikutkan hati memang saya mahu menyaman terus Si dia, tetapi saya perlu berbincang dengan peguam saya terlebih dahulu. Jadi, saya tidak boleh ulas lanjut. Peguam saya pun sudah nasihatkan supaya jangan beri sebarang kenyataan. Biar peguam saya buat semakan dahulu. Selepas itu barulah saya akan ceritakan tindakan selanjutnya. Mengikut perbincangan awal dahulu, peguam saya maklumkan ada 20 perkara yang boleh dijadikan kes.
"Walau apa pun saya gembira dan puas hati dengan berita ini. Ia membuktikan dakwaan saya sebelum ini adalah benar. Saya tidak mereka-reka cerita. Memang dia punya alasan sendiri, tetapi saya percaya peminat bijak untuk menilai,”
“Saya bukan mahu malukan dia, tetapi saya mahu membersihkan nama dan imej saya yang sudah tercalar. Selepas kontroversi itu tercetus, ramai yang mula salah sangka dengan saya. Apabila saya berjalan di luar, ada peminat yang secara terang-terangan mengutuk saya. Mereka kata saya sengaja mahu jatuhkan dia. Selain itu, selepas kes itu juga, saya kurang dapat tawaran berlakon, Mungkin penerbit tidak mahu ambil risiko. Selepas kes ini reda, barulah saya dapat beberapa tawaran berlakon kembali,”
“Selain lagu duet ini, saya juga sudah rakamkan dua lagu yang lain iaitu "Bungaku Cintaku" dan "Ku Tunggu Di Kuala Lumpur".  Kedua-dua single ini kita akan lancarkan dahulu sebelum album. Sama juga dengan lagu duet tadi,”

Tags: , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply