Kami di maklumkan, bahawa, pasangan Shuib dari kumpulan Sepah dan Siti Sarah Raisuddin bakal mendapat anak lelaki tidak lama lagi, ia di sahkan pasangan tersebut, berikutan Siti Sarah yang mengandung 6 bulan telah membuat pengimbasan jantina dalam kandungan baru-baru ini. Mereka memberitahu, bahawa mereka mempunyai pilihan nama yang berbeza, iaitu, Siti Sarah mahukan menamakan anaknya Uwais Alqarni, manakala Shuib pula ingin menamakan anaknya Ahmad Didad, namun setelah di bincangkan mereka sepakat memberi nama pilihan Siti Sarah Uwais Alqarni. Sarah juga menyatakan senang hatinya kerana sifat Shuib yang tidak memilih dalam menentukan juadah berbuka dan bersahur sepanjang Ramadhan ini. Manakala, ketika di temui Shuib meluahkan rasa teruja dan gembiranya setelah mengetahui berita tersebut. Berikut ulasan pasangan bahagia ini.
Ulasan Shuib Sepah"Saya baru sahaja buat pemeriksaan doktor hari ini, dan doktor sahkan anak dalam kandungan saya ini adalah lelaki. Sememangnya saya langsung tidak menyangka apa yang disebutkan oleh suami sebelum-sebelum ini benar-benar berlaku."Shuib seperti ada satu perasaan bapa yang kuat, malah sebelum ini dia kerap memberitahu saya, anak dalam kandungan ini lelaki dan dia memang inginkan anak lelaki."Awalnya sering nasihatinya supaya jangan terlalu berharap sebab takut nanti kecewa pula, tetapi Alhamdulillah, apa yang diharapkan kini menjadi kenyataan."Kami sudah merancang dua nama untuk kami ini, saya pilih nama Uwais Alqarni bersempena nama seseorang lelaki di zaman rasulullah yang hebat, taat dan sangat menghormati ibunya sehinggakan segala doanya termakbul. Manakala Shuib pula mahukan nama Ahmad Didad, iaitu diambil daripada nama seorang pendebat islam yang sangat pintar dan hebat."Setelah berbincang, akhirnya kami putuskan untuk menggunakan nama Uwais Alqarni sebagai nama anak sulung kami ini."Alhamdulillah, sepanjang mengandung saya hanya mengalami alahan sepanjang tiga bulan pertama sahaja, dan selepas itu, semuanya berjalan seperti biasa."Syukur juga saya dapat menjalani puasa dengan baik, setiap malam Shuib akan beritahu baby agar puasa esoknya, jadi dia seakan faham dan saya boleh berpuasa dengan sempurna,"
"Memang saya terlalu gembira, malah hari ini saya sudah beritahu semua orang bahawa saya bakal mendapat anak lelaki. Sehinggakan ada yang tidak bertanya sekalipun saya beritahu sekali,"
0 comments