Penjelasan Miera Liyana Isu Mabuk & Gambar Beliau Dengan Lash Mokhtar

Pelakon yang di katakan bakal menjadi ratu seksi dengan pakaian menjolok mata di Majlis Malam Gala Rafflesia dan Mandalay beberapa bulan lalu pernah menjadi bualan hangat baru-baru ini, setelah gambar mesra beliau dan artis baru, Lash Mokhtar tersebar. Bukan itu sahaja, ada pihak membuat gosip kononya terlihat beliau mabuk di pusat membeli-belah, The Curve, Damansara baru-baru ini. Oleh kerana itu, beliau ketika di temui di majlis berbuka puasa anjuran Great Eastern Mall menjelaskan isu tersebut. Berikut ulasan beliau.
“Gambar itu kami ambil ketika tengah lepak dengan kawan-kawan yang lain. Gambar itu hanya untuk suka-suka saja. Saya dan Lash hanya berkawan dan tidak lebih dari itu. Kami mula rapat ketika sama-sama menjalani penggambaran drama ‘Psikik’,”
“Saya bukan macam itu. Saya jenis orang yang tidak suka dengan publisiti murahan. Saya tidak tahu kenapa orang asyik dengki dengan saya saja.”
“Entah apa-apa saja gosip itu. Tak baik tuduh saya macam itu. Bila dengar orang seksi saja, mabuk. Saya terkejut dengan berita ini sebab saya memang tak buat benda itu. Ini merupakan satu fitnah. Keluarga saya juga terkejut dengan cerita ini namun mereka semua faham dengan perkara ini.”
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply