Chef Riz Bersedia Melamar Ana Dahlia

 
Seperti yang rakan kami khabarkan semalam, pasangan ini di lihat berpakaian sedondon di majlis rakaman Melodi Raya semalam. Akhirnya Mstar telah menemu kedua pasangan ini malam semalam. Atas perbualan media dan pasangan ini, akhirnya mereka mengaku telah bercinta, malah Chef Riz sudah bersedia untuk datang meminang. Mohd. Nadzri,30 atau Chef Riz dan Ana Dahlia,28 akan melangsungkan pertunangan mereka hujung tahun ini, prnjelasan itu di buat sendiri oleh Chef Riz di hadapan Ana Dahlia. Chef Riz yang menjadi pemilik Restoran On The Table dan pengurus Syarikat Culinary Brilliance Sdn. Bhd. di Solaris, Damansara juga berkata, beliau mula jatuh cinta dengan pelakon Mantera itu setelah melihat sifat kewanitaannya sepanjang mereka menjalinkan persahabatan. Malah sifat Ana yang menggemari kesemua masakanya membuatkan hatinya lebih mesra dengan wanita itu. Bukan itu sahaja, Chef Riz juga pernah merasai masakan rendang daging dan kangkung goreng belacan yang dimasak oleh Ana sendiri. Tambah Chef Riz, mereka menjadi sahabat setelah kakanya Serina, yang menjadi kawan baik Ana menemukan mereka berdua. Mereka akhirnya menjadi pasangan kekasih setelah melihat keserasian yang ada. Chef Riz juga berkata, Ayahnya Chef Wan merestui perhubungan mereka, namun menasihati agar menjaga batas-batas pergaulan. Manakala Ana yang berada di sampinya berkata, beliau jatuh hati dengan Chef Riz kerana sifat pemurah dan peramah, juga kerana Chef Riz yang pandai memasak, yang menjadi faktor beliau bertambah menyukainya. Berikut ulasan kedua pasangan ini ketika di temui oleh Mstar di majlis rakaman Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) malam Rabu kelmarin.
Ulasan Chef Riz
“Insya-Allah, saya sudah terbuka untuk menjadikan Ana sebagai calon isteri saya. Hubungan kami mendapat restu kedua orang tua termasuklah ayah saya sendiri iaitu Chef Wan,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) di sini, Rabu.
“Dia suka makan, saya suka masak. Bila kami berjumpa, kami selalu berborak mengenai masakan. Bermula dari situlah kami menjadi semakin mesra dan bertambah serasi,”
“Saya tidak malu untuk berterus terang mengenai hubungan kami kerana saya lebih selesa bersikap jujur. Memang benar saya mencintai dia dan sedang merancang untuk majlis pertunangan sebelum berumah tangga,”
Ulasan Ana Dahlia
“Seperti yang dia cakaplah. Dia suka masak, saya pula suka makan. Jadi tidak salah saya katakan makanan telah menyatukan hubungan kami,”
Tags: , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply