Penceraian Joey & Isteri Di Sahkan Mahkamah

Artis Zulkifli Daud, 37 atau lebih dikenali dengan panggilan Joey, sah bercerai talak satu dengan isterinya, Noraini Mohammad Nasir, 45, di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Kajang sebentar tadi. Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah mengesahkan penceraian itu selepas hari ini Joey bersumpah bagi menafikan dakwaan isterinya yang mengatakan bahawa beliau pernah merujuk kembali kepada isterinya 8 Jun 2010 selepas empat hari lafaz cerai berlaku pada 4 Jun 2010. Sehubungan itu, pihak mahkamah menerima sumpah tersebut dan menerima tuntutan pengesahan cerai yang dikemukakan oleh isterinya, tahun lalu. Dengan ini, Joey yang merupakan ahli kumpulan Exist di sahkan telah bercerai mengikut undang-undang. Berikut ulasan isteri Joey yang dengan selamba memberi nasihat.
"Saya hanya nak pesan kepada artis-artis wanita, jika banyak lagi lelaki lain, jangan ambil suami orang. Tolong cari yang lain, jangan runtuhkan rumah tangga orang lain dan biarkan anak-anak kecil tanpa bapa


Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply