Fida & Mamat Sepah Mengaku Bercinta

Sebelum ini, pasangan artis ini telah banyak di perkatakan sedang bercinta. Malam tadi di rakaman Melodi Raya 2011, mereka berdua mengakuinya dan bercerita tentang detik-detik pertemuan mereka. Rafida Ibrahim atau Fida dan Mohd Noor Murad atau Mamat Sepahberkata, mereka baru mengenali hati budi masing-masing sejak 6 bulan lalu. Mereka akhirnya menjadi rapat dan kini semakin mendekati bibit-bibit alam percintaan, apatah lagi mereka saling senang dan menyukai dengan sifat yang ada pada diri masing -masing. Fida di katakan tertarik dengan Mamat setelah melihat sikapnya yang menghormati dan bertanggungjawab terhadap orang tuanya sendiri. Namun, fida buat masa ini belum terfikir untuk membawa Mamat berjumpa keluarganya lagi. Manakala mamat yang pernah bercinta dengan ahli kumpulan Butterfly iaitu Nur Syuhada berkata, beliau kini semakin berubah dan penyabar selepas berkawan dengan Fida. Mamat juga menafikan punca hubunganya dengan Nur Syuhada atau Ada putus di sebabkan Fida. Berikut ulasan pasangan terbabit ketika di temui bersama di rakaman Melodi Raya 2011 di PWTC malam tadi.
Ulasan Fida
"Kami mula rapat dan mengenali hati budi masing setelah sama-sama mengadakan promosi untuk filem Man Sewel Datang KL iaitu sebelum dia menyertai Maharaja Lawak lagi.
"Selain sukakan sikapnya yang suka merendah diri, saya juga terpikat dengan tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Contohnya, selepas kumpulannya bergelar juara dalam Maharaja Lawak, dia terus balik ke Johor berjumpa orang tuanya.
"Terus-terang, hubungan kami memang di tahap serius. Bohonglah kalau saya cakap kalau dah berkawan rapat ini saya tak terfikir untuk membawa hubungan ini ke tahap yang lebih serius lagi,"
 Ulasan Mamat Sepah
"Terus-terang Fida adalah satu-satunya perempuan yang rapat berkawan dengan saya. Saya banyak kongsi cerita susah dan senang bersamanya walaupun kami berdua saling sibuk dengan tugas masing-masing.
"Saya serius berkawan dengannya dan saya dapati sikap saya mula berubah menjadi baik selepas berkawan dengannya dan saya lebih bersabar dalam apa jua keadaan bila melibatkan dirinya.
"Kalau nak ikutkan saya setiap kali saya menjalinkan hubungan yangs erius dengan mana-mana wanita, saya akan bahawa dia berjumpa dengan orang tua saya. Tapi, dengan Fida, saya tak sempat pula nak bawa lagi.
"Saya tak mahu cerita lagi kisah saya dengan Ada. Cukuplah, kalau saya katakan hubungan kami sudah pun berakhir pada awal penglibatan saya dalam Maharaja Lawak lagi.
"Saya tak mahu mengaibkan sesiapa dan tidak mahu mendedahkan punca hubungan kami retak. Tapi yang pasti ianya bukan berpunca daripada Fida,"
Tags: , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply