Gambar Raja Farah Semakin Tenang Selepas Bertudung

Raja Farah Raja Aziz, 23 yang baru-baru ini di gosipkan bahawa beliau telah bertudung, malam tadi beliau hadir ke rakaman Melodi Raya tv3 dengan penampilan bertudung litup yang cukup manis. Raja Farah memberitahu, perkahwinan beliau dan suami Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 25, telah memberi sinar baru serta penghijarahan yang lebih baik dalam hidupnya. Beliau juga mendapat sokongan dari suami dan keluarga, malah ketika di temui, suami beliau sendiri memberitahu, yang beliau gembira dengan imej bertudung isterinya itu. Tambah Raja Farah, beliau kini terpaksa berhati-hati memilih watak, berikutan tidak mahu menjejaskan imej bertudungnya itu. Untuk makluman, Raja Farah akan menemui anda dengan drama baru Mengurai Rindu pada Aidilfitri tidak lama lagi, beliau juga, kini sudah pun menjalani penggambaran untuk telefilem baru iaitu Pelamin di Pusara dan drama Wasi untuk siaran Astro. Berikut ulasan beliau dan suami serta gambar mereka semasa di temui.
 Ulasan Raja Farah
"Alhamdulilah saya semakin tenang dan rileks dengan kehidupan saya sekarang. Malah saya boleh katakan saya mempunyai keyakian diri untuk menghadapi apa jua keadaan. Sebenarnya saya sudah memasang niat untuk bertudung sebelum berkahwin lagi, tetapi baru kini terlaksana dengan ikhlas.
"Ceritanya begini, ianya bermula secara kebetulan selepas saya selesai pengagmbaran drama Cinta Abang Lori lebih kurang dua bulan lalu. Ketika itu saya terlihat kedai menjual tudung dan terus ke kedai tersebut membeli tudung.
"Pulang sahaja ke rumah, saya terus menunjukkan tudung yang saya beli itu kepada suami. Saya kemudain terus memberitahu hajat saya yang saya mahu bertudung," 
"Saya kini lebih rileks dan tidak teralu terkejar untuk berlakon. Saya akan terima tawaran berlakon yang betul-betul sesuai dengan imej bertudung. Saya juga akan cuba mengelak jika ada adegan yang meminta saya bersentuh dengan lelaki.
"Lagipun selepas kahwin, apa-apa jua tawaran yang saya perolehi saya mesti berbincang dan mendapat persetujuan daripada suami dahulu sebelum menerimanya. Saya harap pengarah dan produksi di luar sana faham. Saya rasa tak semestinya jika saya bertdung saya tidak boleh membawakan watak antoganis,"
 Ulasan Suami Beliau
"Sebelum ini, dia bermula dengan selendang, kemudian dia terus cakap dengan saya dia akan bertudung litup dan tidak akan membukanya sampai bila-bila.
"Sebagai suami sudah tentu saya orang yang sangata gembira dengan keputusannya. Jika dulu saya sering temankan dia ke butik-butik baju tetapi kini saya banyak temankan dia ke kedai tudung,"
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply