Farid Kamil Nak Beraya Di Kampung Diana Daniel

Dulu, bukan main sembunyi lagi pasangan artis popular nie dengan status hubungan mereka, kini pasangan Farid Kamil dan Diana Daniel seperti tidak lagi mahu menyembunyikan atau tidak tahan lagi menceritakan perasaan cinta yang berputik dalam hati mereka. Walaupun, mereka masih belum merancang untuk lebih serius dalam hubunganya, Farid yang di temui mengatakan, dia dan Diana semakin matang dalam perhubungan. Untuk pengetahuan, Farid baru sahaja selesai penggambaran drama Wasiat yang di tayangkan di Astro Prima. Tambah Farid, beliau akan membuat rumah terbuka pada hari raya ketiga di kampungnya di Kedah dan menu utamanya ialah Soto, Lontong, Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah, beliau juga berharap, kekasih hatinya Diana Daniel turut hadir dalam rumah terbukanya. Beliau juga di maklumkan, tidak dapat beraya bersama pada hari raya pertama, berikutan kampung halaman yang berbeza, namun, pada hari raya kedua, Farid merancang untuk datang beraya ke rumah kekasihya itu di Perak. Berikut ulasan Farid Kamil ketika di temui.

"Saya lebih terbuka sekarang ini memandangkan hubungan antara saya dan dia semakin matang, namun, masih antara kami masih belum perancang untuk pergi keperingkat yang lebih serius,"
"Memandangkan bonus yang saya perolehi daripada filem Kongsi ini, saya merancang untuk membuat rumah terbuka di kampung saya nanti pada hari raya ketiga. Ini merupakan kali pertama saya membuat rumah terbuka menggunakan wang saya sendiri, kerana sebelum ini ia hanya dibuat oleh ayah dan ibu sahaja.
"Saya masih tidak merancang untuk bawa Diana balik ke Kedah, tapi saya rasa mungkin akan menjemputnya hadir pada hari rumah terbuka itu. Diana juga ada kampung di Perak, jadi kemungkinan dia akan pulang ke kampungnya hari ini, jika berkesempatan, saya akan singgah disana pada perjalanan pulang dari kampung nanti.
"Tentang baju raya pula, setakat ini saya masih belum membelinya lagi. Saya dan keluarga jarang sekali memakai pakaian mengikut tema, cuma mungkin tahun ini saya akan membeli baju berwarna hijau kerana masih belum memiliki baju melayu hijau lagi,"
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply