Sebelum ini, artis Malaysia Kamal Adli di katakan bercinta dengan Olivia Jensen, artis Indonesia yang sangat di puja lelaki-lelaki di Indonesia. Ia berikutan gandingan mereka yang berlakon dalam filem Gerimis Mengundang, yang bakal di tayangkan tidak lama lagi. Gosip percintaan mereka menjadi hangat, apabila media Indonesia mendakwa Kamal mempunyai hubungan istimewa dengan Olivia, malah, ada pula yang membandingkan bekas kekasih Olivia , Afgan dengan Kamal. Kerana isu gosip percintaan mereka bertambah hangat, Kamal yang di temui di Jakarta, menafikan mempunyai hubungan cinta dengan Olivia, tambah beliau, Olivia hanya sebagai kawan biasa dan kawan atas urusan kerja. Olivia juga mengiyakan kenyataan Kamal ketika di temui bersama. Tambah pelakon indonesia berusia 18 tahun itu, dia dan Kamal, langsung tidak mempunyai perasaan cinta, sebaliknya hanya menganggap Kamal sebagai rakan seperjuanganya. Berikut ulasan Kamal dan Olivia ketika di temui di Jakarta.
“Mungkin ada yang tersalah anggap apabila melihat saya dan Olivia sangat rapat apabila berada di luar lokasi. Tetapi, ingin saya jelaskan di sini bahawa antara saya dan dia tidak punya apa-apa hubungan istimewa. Rasanya ramai yang sudah tahu yang teman wanita saya sekarang ini adalah Intan Ladyana. Jadi, mana mungkin saya bercinta dengan Olivia ketika ini. Saya pun tidak pasti mengapa pihak media Indonesia memainkan isu ini. Mungkin kerana Olivia baru putus cinta pada hujung tahun lalu,”
“Tidak wujud cinta lokasi antara saya dan Kamal. Kami hanya sekadar berkawan. Saya senang berkerja dengan Kamal kerana dia boleh dibawa berbincang. Kalau kami banyak luangkan masa bersama pun, kami berkongsi cerita tentang pengalaman masing-masing dalam bidang lakonan. Kalau tidak, kami cuma berbual-bual kosong. Buat masa ini saya tidak memilkirkan soal cinta kerana mahu tumpukan perhatian pada pelajaran dan karier,”
About author
Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.
0 comments