Bakal pengantin berkontroversi, Norman Hakim dan Suhaiza Suhainini atau Memey Suhaiza, telah mula mengedarkan kad perkahwinan mereka khabarnya. Majlis yang akan berlangsung pada 25 September 2011 di Kota Tinggi Johor itu, dikatakan 'Wedding Of The Year' berikutan tajaanya mencecah 12 juta. Namun, kad jemputan tersebut, bukan kad jemputan untuk majlis resepsi di Kuala Lumpur yang menerima tajaan mencecah 12 juta. Kad tersebut adalah kad jemputan untuk majlis resepsi pertamanya di Kota Tinggi Johor. Kad jemputan yang memaparkan koleksi gambar mesra mereka, pasti membuatkan tetamu tidak ketinggalan untuk hadir ke majlis tersebut. Kalau anda ingat entri lama kami berkaitan photoshoot kad perkahwinan mereka, itu jugalah gambar yang di guna pakai di dalam kad perkahwinan mereka. Kami juga di maklumkan, buat sementara ini, Norman dan Memey telah mencetak 1500 keping kad eksklusif tersebut, dan telah mula mengedarkanya hari ini. Beliau juga berkata, rekaan kad yang serupa telah di cetak lebih banyak, namun hanya menggunakan kertas nipis bagi di edarkan kepada tetamu lain. Berikut ulasan Memey dan Norman.
Ulasan Memey"Memang sepatutnya foto-foto yang anda nampak dalam kad jemputan ini ekslusif, tapi apa yang berlaku ianya telah disebarkan secara meluas di internet. Semua itu di luar keupayaan kami.
"Bagi saya dan Norman, kami tak ambil pusing dengan perkara ini kerana memang percaya perkara seumpana ini akan akan berlaku dan kami tidak dapat mengelak daripadanya. Kami sudah biasa, malah menganggapnya sebagai lumrah kehidupan dunia artis, "
"Keativiti dan harga berpatutan yang disediakan syarikat pencetakan berkenaan telah menarik minatnya untuk mencetaknya di dalam negara.
Ulasan Norman "Ini adalah kad undangan untuk majlis persandingan kami di Kota Tinggi, manakala untuk resepsi di Kuala Lumpur nanti, kami serahkan sepenuhnya oleh pihak perancang perkahwinan kami di sini.
"Berita baik kerana saya baru saja menerimanya hari ini dan akan mula mengedarkannya bermula hari ini. Panas dari mesin pencetak lagi,"
About author
Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.
0 comments