Amran Ismail Alami Penyakit Misteri

Mungkin Amran Ismail,26 tidak berapa dikenali ramai, namun kami, percaya, sesiapa yang melihat Drama Nana Narita, beliau adalah antara pelakon utamanya yang berlakon sebagai Lipan, seorang watak antagonis. Baru-baru ini, beliau dikatakan mengalami penyakit misteri yang masih belum dapat di sembuhkan. Kerana penyakit tersebut juga, beliau dikatakan semakin kurus berikutan badannya susut dai 67kg ke 60kg dan tambahnya lagi, beliau semakin lemah, terutama apabila tibanya waktu Maghrib. Tambah beliau, dia pernah mengalami peristiwa apabila ibu jari kaki kanannya seolah-olah digigit ketika sedang tidur menyebabkan dia mengeluarkan air mata kerana terlalu sakit. Amran juga, mendapat nasihat dari seorang ustaz, agar sentiasa berada di bawah bumbung, apabila tiba waktu Maghrib. Beliau kini, baru sahaja menamatkan penggambaran drama “Jamilah I Love You” untuk terbitan Astro Ria, beliau juga memberitahu, sepanjang bulan Ramadan ini Amran mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia lakonan kerana mahu memberi tumpuan kepada kerja-kerja ibadat selain melawat rumah anak-anak yatim. Berikut cerita beliau, ketika di temui.
“Saya sudah berjumpa dengan doktor tetapi tiada penyakit yang dapat dikesan sebaliknya doktor kata saya menghadapi tekanan kerja sebagai pelakon.
"Apabila saya melakukan rawatan tradisional, lain pula jawapannya apabila saya diberitahu terkena sihir orang,” 
“Kaki saya bagaikan dicucuk-cocok tetapi saya nak bangun tidak berupaya. Saya hanya mampu menangis pada ketika itu,” ujarnya mengenangkan peristiwa yang berlaku pada empat bulan lalu.
“Saya juga selalu menjadi malas untuk bekerja membuatkan saya benar-benar susah hati dengan penyakit ini.
"Sampaikan ibu saya meminta agar saya pulang ke kampung dan meninggalkan terus dunia seni ini,” 
“Insya-Allah, saya berhasrat untuk pergi ke rumah anak-anak yatim pada bulan Ramadan ini kerana mahu berkonsgi kehidupan yang hidup tanpa kasih saya keluarga.
“Cara yang macam itu boleh menyebabkan hati saya menjadi tenang selain ia sebagai satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan untuk menggembirakan orang lain,” katanya.

 
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply