Ryzal Jaafar Menumpang Kerana Tiada Lesen Memandu??

Pelakon Mohd. Shahrizal Jaafar atau Ryzal,29, tidak malu mengakui selama ini dia banyak menumpang kenderaan orang untuk ke mana-mana termasuklah ketika melakukan sesi fotografi dan juga penggambaran drama. Ryzal berkata, sejak enam tahun terlibat dalam dunia seni, hatinya belum terbuka untuk membeli kenderaan sendiri selain tidak memiliki lesen memandu. Ryzal yang popular menerusi drama Jelatang dan terbaru drama Hani berkata, jika pulang ke kampung halamannya di Alor Setar, Kedah, dia lebih senang menaiki kepal terbang kerana rumahnya terletak berdekatan dengan lapangan terbang di bandar itu.Ujarnya lagi, ketika di kampung juga dia akan meminta ahli keluarga menghantar ke mana-mana sahaja dengan kenderaan mereka. Mengenai populariti dia yang tidak begitu menonjol Ryzal berkata, kisah mengenainya mungkin kurang dipaparkan menerusi akhbar dan majalah tempatan. Katanya, kebanyakan drama lakonannya adalah untuk siaran di RTM seperti 24 Hari Sebelum Ku Jatuh Cinta, Buaian Kasih serta Maahad Al-Amin untuk siaran TV AlHijrah. Menyedari aktiviti seni tidak menjamin pendapatan tetap, kata Ryzal dia telah berjinak-jinak dalam bidang perniagaan termasuklah menjual kek lapis Sarawak sepanjang bulan Ramadan ini. Dalam masa yang sama juga Ryzal turut mempunyai “homestay” di Kampung Bohor, Alor Setar yang telah diusahakan bersama keluarga. Sesiapa yang berminat untuk menempah “homestay” milik keluarga Ryzal yang dikenali "Kekabu Homestay" itu bolehlah menghubungi Shahrul di talian 019-4574500. Berikut ulassan beliau ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Coronade Hotel bersama anak-anak yatim Nur Hamiah, Bangi pada hari Rabu semalam.

“Saya lebih selesa menumpang orang. Kalau hendak ke mana-mana sahaja saya akan minta kawan-kawan menemaninya. Cara itu lebih senang.
“Saya pun tidak dapat jawapan kenapa saya tidak mahu membeli kereta dan memiliki lesen memandu. Mungkin saya senang dengan cara ini,” 
“Saya bukan tidak mampu untuk memiliki kenderaan sendiri tetapi hati saya tidak terbuka untuk itu. Mungkin saya agak fobia dengan peristiwa kemalangan yang kerap berlaku,”
“Selain berlakon, dua bidang ini turut saya beri tumpuan kerana saya tidak mahu bergantung sepenuhnya dalam dunia seni untuk mencari rezeki walaupun ketika ini tawaran untuk saya tidak putus-putus,”

Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply