Demi menjayakan watak sebagai mantan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein dalam filem Tanda Putera arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba (Shumi) , aktor Rusdi Ramli sanggup berusaha untuk menguruskan badannya. Semua itu dilakukan bagi memastikan watak yang dibawakan kelak di layar perak tidak dipertikaikan penonton memandangkan susuk ubuh badan tokoh negara itu memang kurus kerana menghidap penyakit luekemia semasa hayatnya. Mengakui membawakan watak tokoh negara yang disegani itu sebagai satu tanggungjawab yang cukup berat, Rusdi Ramli bagaimanapun bersyukur dan berbangga kerana menjadi pilihan pengarah dan penerbitnya Datin Paduka Suhaimi Baba. Jelas Rusdi Ramli lagi, dia turut menghadapi cabaran dan kepayahan sepanjang membintangi filem tersebut kerana kekurangan dari segi bahan rujukan tentang Tun Razak. Dalam pada itu jelas Rusdi Ramli lagi, sebelum ini sewaktu kecil dia sempat melihat di kaca televisyen pemergian tokoh negara itu yang ditangisi oleh seluruh orang ramai. Kini, barulah dia mengerti mengapa pemergiaan tokoh unggul negara itu ditangisi ramai. Tanda Putera mengisahkan mengenai persahabatan dan perjuangan dua negarawan iaitu Tun Razak dan Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dalam mentadbir negara. Bakal ditayangkan tahun depan, Tanda Putera turut dibintangi oleh Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim dan ramai lagi. Berikut ulasan beliau ketika di temui selepas majlis doa selamat selesai penggambaran dan berbuka puasa filem Tanda Putera yang diadakan di Finas Rabu. Kredit pada
murai.com.my kerana artikal ini.
"Saya disuruh kurus oleh Shumi untuk bawa watak ini. Semua sedia maklum, Tun Razak merupakan seorang tokoh yang disayangi ramai dan kita semua tahu dia menghidap penyakit luekemia. Jadi saya perlu menguruskan badan untuk membawakan watak ini.
"Saya pergi ke gym untuk memastikan tubuh badan saya susut tapi berat badan saya tak turun banyak. Cara terbaik untuk kita susutkan badan adalah tanpa mengurangkan berat badan yang lebih,"
"Kita tak banyak ada rujukan mengenai Tun Razak. Namun, pihak penerbit ada memberikan maklumat dan saya sendiri terpaksa mencarinya menerusi internet tapi tak banyak. Jadi semasa latihan sesama pelakon kami terpaksa membantu di antara satu sama lain.
"Bayangkan dia seorang pemimpin dan menghidap penyakit namun dia berjaya menyembunyikan sakitnya daripada orang ramai termasuk isterinya. Watak ini banyak memerlukan saya bermain dengan emosi,"
"Masa saya kecil saya sempat lihat di TV semasa diumumkan Tun Razak meninggal dunia. Saya tak faham mengapa ramai yang menangis. Sekarang, apabila saya membawakan wataknya saya mengerti dan memahami rupanya dia sememangnya seorang pemimpinyang berjiwa rakyat dan amat menyayangi rakyatnya,"
About author
Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.
0 comments