Ulasan Siti Saleha
“Saya rasa kelainan yang saya lakukan dalam telefilem ini adalah melakukan aksi ‘drift’.
“Selain itu, pasukan produksi ‘Cintaku 120 KM/J’ cukup akrab dan memberikan suasana cukup selesa buat dirinya dalam memberikan yang terbaik untuk telefilem ini,”
“Sudah menjadi lumrah apabila wujudnya masalah ketika penggambaran. Namun, semuanya dapat diselesaikan dengan baik.Ulasan Zizan
“Tambahan pula, pelakon seperti Zizan dan Cat Farish yang turut serta dalam produksi sedikit-sebanyak membantu menceriakan suasana di lokasi penggambaran,”
“Ini merupakan kali pertama saya terlibat dengan telefilem Hari Raya Aidilfitri dan merasakan ia cukup bermakna buat diri saya.Sinopsis
“Saya yakin Cintaku 120 KM/J akan menghiburkan penonton kerana saya tertarik dengan skripnya yang membuatkan saya ketawa berbanding cerita-cerita meruntun jiwa,”
‘Cintaku 120 KM/J’ mengisahkan Rahmat (Zizan Razak) yang berkerja sebagai pomen di sebuah bengkel kenderaan di Kuala Lumpur. Dia sering membaiki kenderaan kepunyaan golongan berada, dan menyebabkan Rahmat sedar, cara untuk mengapai cita-cita adalah melalui pendidikan peringkat tinggi.
Ketika itu juga, Aril (Izzu Islam) kawan sekampung Rahmat dating untuk mencari pekerjaan, namun, dia lebih meminati dunia glamour. Bila bekerja di bengkel membaiki kenderaan, Aril hamper-hampir merosakkan kenderaan yang dihantar. Atas sebab itu, dia berhenti dan mencari pekerjaan lain.
Dalam pada itu, Zizie dan Shiela menjadi musuh mereka, terutamanya dalam bidang perniagaan, selain sering kalah dalam perlumbaan kereta.
Rahmat pula bagaikan tersepit di tengah, apabila dia bertemu semula dengan Asmina, kawan baik mereka dari kampung, yang juga merupakan bekas teman wanita Aril. Rahmat pernah jatuh hati dengan Asmina dahulu, tetapi memendamkan perasaannya sahaja, selepas Asmina dan Aril bercinta. Bagaimanapun, cinta monyet mereka itu terputus di tengah jalan, selepas Asmina melanjutkan pelajaran di KL. Dan kini, sejarah yang sama bagaikan hendak berulang sekali lagi.
Selepas datang ke KL, Aril mencari Asmina dan cuba menyambung cinta mereka. Tetapi, si Aril yang playboy itu bagaikan mahu menukar haluan apabila dia bertemu dengan Shiela. Tetapi, perbuatan Aril itu diketahui Asmina juga. Asmina tidak cemburu, malah berasa lega, kerana dia semakin tertarik dengan Rahmat. Rahmat juga mahu menyimpan perasaan yang sama terhadap Asmina, tetapi semakin hari, dia dapati, dia semakin sukar hendak melupakan Shiela – yang menyimpan banyak persamaan dari segi minat dalam bidang permotoran .
Bukan sahaja Rahmat terpaksa melawan rasa bersalahnya terhadap Aril, dia juga terpaksa bersaing dengan Raymond yang cuba mendapatkan cinta Shiela. Apabila Raymond mengetahui niat Rahmat ini, dia sengaja datang ke tempat kerja Raymond, memburuk-burukkan dan memandang rendah keupayaan dan latar belakang Rahmat.
Rahmat jatuh ke gaung depresi. Berkat bantuan Asmina, Rahmat menemui semula semangat jati dirinya. Dia semakin bersemangat melanjutkan pelajarannya di peringkat automotif. Semakin dia yakin pada dirinya sendiri, semakin dirinya yakin untuk mendapatkan cinta Shiela yang seolah-olah semakin terbuka memberikan peluang kepadanya. Tetapi, peluang dan keyakinan itu dihalang oleh perasaan bersalah Rahmat terhadap pengorbanan Asmina. Shiela semakin menjarakkan diri apabila merasakan dirinya sekadar bertepuk sebelah tangan sahaja.
Kemuncaknya tiba apabila Rahmat mendapat tahu Shiela membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada ketika itulah, Rahmat membuktikan cintanya selaju 120km/j, sehingga dia sanggup mengejar cintanya agar tidak lari dari dakapannya lagi, buat selama-lamanya.
0 comments