Mulut Noh Semakin Bechok Setelah Bergelar Suami

Noh Hujan, Ramadhan yang beritu bermakna bagi beliau untuk tahun ini, ia berikutan beliau menyambutnya bersama isteri tercinta Mizz Nina yang beru di nikahinya beberapa bulan yang lalu. Jika dulu berbuka sendirian, kini beliau di temani isteri, yang sudi memasakan juadah berbuka untuknya. Noh juga, mengaku yang beliau semakin kuat membebel dirinya sejak beliau berkahwin. Manakala, beliau menyifatkan sifat gila-gila Mizz Nina membuatkan beliau gembira di sampingnya. Walaupun begitu, waktu kerjanya di studio tetap tidak berubah. Tambah beliau, persiapan raya tahun ini, dia dan isterinya masih belum melakukan apa-apa lagi. Noh juga sekarang, sedang sibuk mengumbul material untuk pembikinan album terbaru Hujan. Noh dan Mizz Nina akan menyambut pagi raya di rumah keluarga Mizz Nina di Ampang dan kemudian pada sebelah malamnya pula, mereka akan menyambutnya di Miri. Berikut ulasan beliau.
"Dulu selalu makan maggie je. Sedih...Sekarang ni, dah ada isteri yang memasak untuk kita. Bolehlah makan ayam, masak kicap sebagainya. Memang adalah kelainannya. Tapi, kalau tanyakan pasal perubahan daripada bujang menjadi suami, saya belum tahu lagi sebab saya masih lagi mendalaminya.
"Cuma apa yang boleh saya katakan sekarang ini memang saya kuat membebel. Saya sendiri yang sepahkan barang tapi kemudian yang sendiri yang membebel,"
"Dia tu sebenarnya gila-gila. Cuma korang duduk dengan dia, korang tahulah,"
Kalau orang lain tengah sedap-sedap tidur, saya dan rakan-rakan lain pula selalu berjaga. Memang kita dah biasa macam tu,"
"Kita memang tak buat apa-apa lagi. Mungkin bila last-last minute kita akan beli apa yang ada. Lagipun baik saya mahu pun Mizz Nina, kami masing-masing tengah sibuk bikin album baru.
"Malah, saya juga bakal membantu Nina untuk terbitkan 1 lagu yang berkonsepkan electro. Sebab itu memang hala tuju muzik dia. Tapi, saya bimbang juga kerana ia merupakan cabaran besar buat diri saya.
"Tapi, untuk berduet dengan Nina lagi, mungkin tidak. Cukuplah dengan lagu Kurnia yang kami lakukan sama-sama,"
"Masih terlalu awal nak cakap tentang album kami. Tapi, directionnya mungkin tak banyak berubah. Cuma, apa yang boleh kami katakan, kami mungkin akan menjayakan Borneo Tour selepas raya ini,"
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply