Penjelasan Faezah Elai Merahsiakan Nama Bakal Suaminya Heykal

Seperti yang sedia maklum dengan entri kami yang lepas, Faezah Elai akan bernikah pada 9 September 2011 di rumah keluarganya di Pulau Pinang, serta akan melangsungkan Majlis Resepsinya pada 3 Disember 2011. Namun, sebelum ini beliau merahsiakan nama bakal suaminya, walaupun ramai yang sudah tahu, pengarah Drama Asmara , Heykal Hanifah disebut-sebut sebagai bakal suaminya. Namun, beliau tetap dengan pendirian, merahsiakannya. Namun, beliau akhirnya membuka mulut, mengaku Heykal ialah bakal suaminya. Beliau terpaksa merahsiakan nama bakal suaminya, kerana permintaan bakal mertuanya tidak mahu namanya di sebut sehingga kad jemputan diedarkan. Jadi, setelah kad jemputan beliau telah di cetak dan akan di edarkan, beliau sedia memberitahu nama bakal suaminya itu. Pada masa yang sama, Faezah juga menafikan, hubungan mereka terjalin sebelum Heykal bercerai. Berikut ulasan Faezah ketika ditemui di Finas.
"Saya ada sebab mengapa tidak menyebut nama Heykal sebelum ini. Permintaan ibu Heykal sendiri yang tidak mahu nama Heykal disebut sehinggalah kad undangan dicetak. Sekarang sudah dicetak dan dapat persetujuan untuk didedahkan, jadi saya sedia mendedahkannya.
"Saya tak kisah kalau ada yang masih nak menyalahkan saya. Tapi saya ingin memberitahu bahawa hubungan saya dengan Heykal bermula selepas dia dah solo."
"Semasa cerita hubungan kami mula diperkatakan, hubungan kami belum terjadi. Selepas itu barulah kamu berbicara apabila hubungan kami diperkatakan. Kerana cerita itulah yang membuatkan kami menjadi rapat," katanya lagi.
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply