Gambar Isteri Esma Daniel Selamat Melahirkan Anak Ke-6

Alhamdulillah, di kala ummat islam seluruh Malaysia menyambut Ramadhan yang ke-9 semalam, Esma Daniel pula menyambut kelahiran anak ke-6 beliau di Hospital KPJ Selangor. Tarikh 9 Ramadhan 1432H bersamaan 9 Ogos 2011M, pada jam 1.10 petang, Esma dan isteri Nitra Sari Omar di kurniakan anak perempuan yang di lahirkan secara normal dengan berat 2.9 kilogram di Pusat Perubatan KPJ, Shah Alam, Selangor. Beliau dan isteri bercadang memberi nama anaknya Maya Sari, namun setakat ini, belum membuat apa-apa pendaftaran lagi. Beliau yang sekarang, sedang terbit di kaca TV dalam drama Ramadhan Terakhir, juga memberitahu, bahawa, isterinya telah mempersiapkan persiapan raya lebih awal dan cadangnya, hanya akan beraya di rumah, berikutan isteri yang masih dalam pantang, malah ibu bapanya juga datang kerumah beliau untuk menjaga isterinya. Berikut gambar anak mereka dan ulasan beliau ketika di temui di KPJ Selangor.
"Alhamdulillah, rezeki datang melimpah ruah di bulan mulia ini, dan saya sangat terharu dengan pemberian tuhan ini. Yang paling penting, isteri dan bayi berada dalam keadaan sihat dan selamat, dan proses kelahiran berlaku dalam keadaan normal tanpa sebarang komplikasi yang teruk.
"Ini anak saya yang keenam keseluruhannya, dan yang keempat untuk saya dan Nitra. Tanggungjawab saya semakin besar, dan saya berharap saya mampu menjadi ayah yang terbaik dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik yang mungkin.
"Saya dan isteri bercadang untuk meletakkan nama yang ringkas untuk bayi ini, dan cadangannya saya mahu nama Maya Sari, tetapi setakat ini kami masih belum membuat pendaftaran.
"Nitra mula dimasukkan ke hospital sejak semalam, dan saya menemaninya sejak awal biarpun sekarang ini saya sedang sibuk di lokasi penggambaran Ramadhan Terakhir. Untuk hari ini, saya minta pelepasan sebentar untuk menguruskan isteri dan anak baru ini, dan selepas ini saya akan sambung penggambaran kembali.
"Emak dan ayah saya juga sudah datang ke rumah saya untuk membantu menjaga isteri selepas bersalin ini,".
"Raya tahun ini kami akan beraya dikampung saya di Perak, tentang persiapan raya pula, isteri saya sudah menyediakannya sebelum tempoh bersalin lagi. Baju raya anak-anak dan keluarga sudah tersedia sejak dari awal.
"Cuma untuk tahun ini, kami mungkin akan beraya dirumah sahaja kerana isteri masih didalam pantang,"
Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply