Izara Aishah Di Larang Keluar Di Bulan Ramadhan

Pelakon baru yang pernah memendapat tempat kedua dalam pogram Dewi Remaja 2009/2010 ini sememangnya semakin meningkat popular setelah berjaya melakonkan watak Lalila dalam darama Kerana Mu Laila di TV3 yang telah berakhir 2 bulan lepas. Bercakap mengenai sambutan Ramadhan sebagai artis popular, ketika di temui rakan media kami, beliau menyatakan, tiada banyak perbezaan antara dulu dan kini. Kalau dulu ibunya melarangnya keluar di bulan Ramadhan kerana sebab tertentu, sekarang ini pun begitu juga, walau bagaimanapun, beliau terpaksa keluar kerana  ingin menghabiskan kerja di beberapa lokasi penggambaran. Ketika di tanya mengenai Aidilfitri tahun ini, beliau menyatakan, masih belum membuat apa-apa perancangan kerana sibuk dengan kerjayanya. Berikut ulasan beliau ketika di temui.
"Kalau tahun-tahun sebelum ini, ibu melarang saya keluar pada bulan Ramadhan, nampaknya tahun ini tidak lagi. Saya terpaksa juga keluar untuk mengabiskan beberapa penggambaran drama.
"Ibu melarang keluar di bulan ini disebabkan beberapa sebab yang memudaratkan, antaranya kerana mahu saya menghormati kedatangan bulan ini .
"Saya gembira dengan tugas saya sekarang dan saya sudah bersedia dengan untuk menghadapi segala dugaan yang datang. Walaupun sibuk, adakalanya saya masih luangkan masa bersama kawan-kawan saya untuk lepak-lepak bersama mereka,"
"Kebiasaannya saya akan balik ke Johor, tapi untuk tahun ini masih belum pasti lagi. Persiapan raya juga masih belum dibuat dan masih belum merancang untuk bercuti berapa lama,"
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply