ND Lala Halang Hubungan Awi Rafael dan Shila Hamzah??

Terbaru, artis baru Awi Rafael yang terkenal dengan lagu Pulanglah dan baru-baru ini beliau kemalangan, beliau di katakan mempunyai hubungan mesra dengan anak artis dan ahli perniagaan terkenal iaitu ND Lala. Beliau di katakan mempunyai hubungan dengan Shila Hamzah setelah ramai pihak melihat mereka kelihatam mesra bersama. Namun, beru-baru ini, beliau dan Shila menafikannya, dan mengatakan, kemesraan mereka hanya sebagai rakan seperjuangan. Bertambah sensasi, apabila gosip mengatakan hubungan mereka di halang bapa Shila, iaitu ND Lala kerana tidak suka dengan gosip yang mengaitkan anaknya dengan beliau, malah ND Lala juga di katakan tidak merestui hubungan beliau dengan anaknya itu. Ketika di temui, Awi melahirkan rasa terkejutnya dengan gosip tersebut, dan sekiranya ia benar, dia ingin memaklumkan kepada ND Lala, bahawa gosip ini, bukan datangnya dari beliau, malah beliau juga tidak mempunyai niat untuk menumpang populariti Shila. Tentang perancangan Aidilfitri, beliau khabarnya akan beraya di Pontian, Johor, iaitu kampung ibunya. Kami rasa, Awi seorang artis yang cukup baik, moga segala gosip yang melandanya dapat di tempuhinya dengan sabar. Berikut ulasan Awi ketika di temui serta gambar ND Lala ketika beliau di KLIA ingin menunaikan umrah March lalu.
"Saya harap Shila faham, begitu juga dengan bapanya, ini semua bukan datang daripada saya, malah sejak dahulu lagi saya sudah mengaku tiada sebarang hubungan antara saya dan Shila.
"Bagi saya ini hanya salah faham, saya berkawan dengan ramai orang, tetapi kerap dikaitkan dengan Shila, dan ia mula mencetuskan kontroversi.
"Mungkin dulu saya bercakap main-main, tapi kini setegasnya saya beritahu, tiada apa-apa hubungan antara saya dan Shila sejak dahulu lagi.
"Saya tidak pernah bertemu ND Lala, apatah lagi menegurnya, jadi saya tidak pasti perkara ini benar ataupun tidak. Yang jelas, mungkin mereka salah faham tentang hubungan yang terjalin antara saya dan Shila,"
"Saya timbul kerana lagu Pulanglah, bukan kerana gosip bersama Shila, jadi tidak mungkin saya mahu menumpang popularitinya disini.
"Sekarang ini pun saya sedang sibuk mempromosikan single kedua saya, dan selama ini saya bekerja keras untuk menaikkan nama saya sendiri tanpa bergantung pada orang lain,"
"Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, saya akan beraya di Pontian terlebih dahulu sebelum pulang ke Singapura. Pontian adalah kampung ibu saya, manakala bapa saya berada di Indonesia,"
Gambar ND Lala Dan Keluarga

Tags: , , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply