Kuih & Hamper Raya Farhan AF4

Setiap individu, pasti akan melakukan pelbagai jenis perniagaan di musim bulan Ramadhan ini. Bagi artis Akademi Fantasia yang kami temui ini, iaitu Farhan AF4, perniagaan kuih dan hamper rayanya itu, telah menjadi rutin setiap kedatangan Ramadhan sejak 3 tahun yang lalu. Tambah beliau bercerita perniagaannya itu, beliau menyediakan kuih rayanya itu selepas bersahur, manakala bungkusan-bungkusan hamper raya pula telah beliau siapkan sebelum kedatangan Ramadhan lagi. Kadangkala beliau juga di bantu ibu, kakak dan pembantu rumahnya juga. Mengenai sambutan perayaan tahun ini, beliau dan keluarga menyambutnya di Ibu Kota sahaja, manakala persiapan raya yang sedrhana dan tidak membazir menjadi pilihanya dan keluarga. Berikut ulasanya ketika di temui.

"Saya memang akan sibuk sepanjang Ramadan dengan aktiviti meniaga. Telah tiga tahun saya jalankan aktiviti seperti ini. Saya meniaga kuih dan hamper raya.
"Walaupun penat tapi saya suka dengan apa yang saya buat jadi tak ada masalah bagi saya. Lagipun sepanjang bulan puasa selalunya kurang persembahan jadi tumpuan saya lebih pada meniaga," 
"Selepas sahur saya dah mula buat kuih. Kadang kala saya buat dengan mak, kakak atau pembantu rumah. Antara kuih yang saya buat ialah tat, samprit dan konflik.
"Malah jiran-jiran pun dah tahu saya memang buat kuih sendiri dan menjualnya. Sambutan yang diterima amat mengalakkan," 
"Kami sekeluarga akan menyambut raya di ibu kota sahaja. Saudara mara ramai-ramai berkumpul dan ia sekali gus dah jadi seperti beraya di kampung. Persiapan raya saya ini jenis yang sederhana dan tak terlalu boros berbelanja. Beli mana yang perlu untuk diri dan keluarga,"
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply