Rozita Che Wan Hanya Mahu Lelaki Bujang

Rozita Che Wan, 38, baru-baru ini, mengaku, bahawa beliau mungkin hanya akan menerima lelaki bujang untuk penjadi pasangan hidupnya pada masa akan datang. Tambahnya lagi, lelaki yang bujang ini, adalah calon sesuai yang boleh menjaga beliau serta menjamin masa depan beliau dan anak-anaknya iaitu Ammar Effendy, 15, dan Aniq Ezzra, 12. Beliau juga menyatakan ingin menamatkan zaman jandanya itu secepat mungkin, malah itu juga antara doanya di Tanah Suci Kota Makkah semasa menunaikan Umrah baru-baru ini yang turut di sertai ibubapa dan adik-adiknya. Untuk makluman, Rozita kini sedang menjalankan penggambaran drama Biarlah Rahsia dan setelah bercuti 4 hari di hari raya, beliau akan meneruskan penggambaran untuk drama bersiri Kiah Perkasam Musim ke 2. Berikut antara ulasan beliau ketika di temui di Saloma Bistro.
"Terus-terang saya katakan, saya lebih prefer lelaki bujang untuk menjadi suami saya nanti. Saya rasa lelaki bujang sahaja yang dapat menyakinkan saya untuk terima saya dan juga anak-anak saya.
"Yelah, bayangkan kalau saya kahwin dengan lelaki duda yang juga ada anak, silap-silap anak saya juga terabai daripada mendapat kasih sayang. Saya mahu lelaki yang boleh memberi sepenuh kasih saying kepada anak-anak saya juga. Kalau tidak lebih baik saya tak payah kahwin.
"Lagi satu saya rasa akan bertambah masalahnya jika saya berkahwin dengan duda atau suami orang. Nak tak nak mesti mereka masih terlibat dengan bekas isteri dan isteri masing-masing. Jadi kalau saya nak kahwin biarlah elak daripada perkara semua itu.
"Apa yang penting saya mahu suami yang saya kahwini nanti akan sayang saya dengan sepenuh hati supaya apa sahaja kemahuan dan kerenah dia saya boleh layan dengan ikhlas," 
"Saya pun dah lama hidup sendiri tanpa teman istimewa. Nak berumah tangga itu memang ada tetapi saya belum ada teman istimewa yang serius setakat ini.
"Kalau dah ada, kalau boleh tahun ini juga saya mahu berkahwin. Lagipun sayu jugak rasa hati saya bila lihat adik-beradik saya semua sudah berkahwin dan tingga saya seorang saja yang tanpa suami. Apa-apa pun saya hanya berserah kepada jodoh,"
"Alhamdulila, ini bukan kali pertama saya menunaikan umrah ketika bulan Puasa. Nikmatnya ke umrah kali ini berbeza apabila saya ditemani dengan hampir semua adik beradik dan ibu bapa saya.
"Hati saya sangat gembira dan tenang selama mengerjakan ibadah di sana. Saya tak lupa untuk berdoa supaya dipercepatkan jodoh yang baik untuk saya,"


Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply