Mamat Exist Mengaku Bersalah Sembunyi Dadah

Semalam kami melihat berita di Buletin Utama menyiarkan tentang bekas vokalis hebat kumpulan Exist iaitu Mamat atau nama sebenar Mohd Ali Kamarudin, 33, yang popular swaktu era 90-an. Beliau di jatuhi hukuman denda RM1,000 dan pengawasan polis selama dua tahun selepas mengaku bersalah memasukkan dadah ke dalam badannya, tahun lepas. Mamat yang pernah menyanyikan lagu 'Untukmu Ibu' itu di dakwa telah memasukkan dadah jenis methamphetamine di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya pada 9 November 2010 pada jam 3.35 petang.Justeru itu, beliau membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, sebaik pertuduhan selesai dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Maslinda Selamat. Beliau disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. Di samping itu, Mamat dikatakan membuat rayuan pada Mahkamah agar meringankan hukumannya kerana beliau sudah insaf dan mempunyai tanggungjawab ke atas 3 orang anaknya. Kami harap, kes Mamat ini menjadi pengajaran untuk semua, bahawa dadah membawa padah, bukan untuk anda juga, tapi untuk semua yang mengenali anda.
Tags: , , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply