“Kios saya menjual pakaian dan aksesori wanita yang didapati dari Jakarta, Bandung, Korea dan Bangkok. Saya mendapatkan bahan ini dengan bantuan Awal tapi proses perbincangan selanjutnya dibuat saya sendiri. Setakat ini sambutannya sangat hebat kerana saya sudah ada ramai pelanggan.
“Apabila mereka tengok saya pakai pakaian ini dan berkenan, mereka pun membelinya di kios saya. Inilah strategi yang mudah untuk saya berniaga. Saya berniaga kerana minat dan bukannya kerana pendapatan sekarang tak cukup.
Populariti yang ada perlu digunakan sebaik mungkin. Sementara masih muda dan laku inilah cara saya nak buat duit,”
Scha Al-Yahya Buka Kiosk Di The Curve
Untuk pengetahuan anda Schapoholics ialah sebuah kiosk menjual pakaian di The Curve yang di ilhamkan oleh kekasih hati Awal Ashaari iaitu Scha Al-Yahya. Kami di fahamkan beliau menubuhkan kiosk tersebut dengan bantuan kekasihnya, Awal Ashaari sebagai introducer, jenama Schapoholics, yang muncul sebagai refleksi kepada Scha al-Yahya yang sememangnya perlu up to date dengan fesyen terbaru. Kiosk dengan jenama Schapoholics telah beroperasi selama lebih 3 bulan di pusat membeli belah The Curve, Damansara dan beliau di katakan memulakan perniagaan itu, berikutan minat dengan perniagaan tersebut serta populariti dan pengaruhnya yang semakin melonjak naik. Berikut, ringkas ulasan beliau serta gambar kiosknya.
0 comments