MIG Kongsi Rezeki Lagi di Tahun 2011

Setelah awal tahun 2011 David Teo selaku Ketua Pegawai Eksekutif MIG berkongsi rezeki, kini beliau berkongsi lagi rezeki yang di perolehi dalam majlis berbuka puasa serta Malam Kongsi Rezeki di mana semua pihak yang terlibat dalam menjayakan filem Kongsi yang telah mengaut keuntungan sebanyak RM8.5 juta itu, akan menerima durian runtuh dari beliau. Beliau juga menjemput penghuni-penghuni dari Rumah Nur Hikmah, Rumah Anak Yatim Syifa, Pusat Jagaan dan Asuhan Raudhatul Ikhwan, Persatuan Kebajikan Al-Munirah dan Darul Kifayah untuk sama-sama berbuka puasa dan menerima sumbangan bagi merasai kemeriahan Aidilftri yang bakal menjelang. Beliau menganggap, langkah ini, sebagai satu aktiviti positif dan memupuk semangat kerja berpasukan di bawah satu bumbung MIG. Untuk makluman anda, filem Kongsi adalah filem ke-45 terbitan MIG arahan Farid Kamil dan dibintangi oleh Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Fizo Omar dan dibantu Bront Palarae, Pak Pie'e dan ramai lagi. Kongsi juga mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi filem Malaysia pertama mengedarkan 100 salinan filem di Malaysia, Singapura dan Brunei.Berikut antara penerima sumbangan dan durian runtuh tersebut.
Senarai Penerima Durian Runtuh
  1. Pengarah Kongsi, Farid Kamil - Menerima wang tunai RM50,000 dan biasiswa sebanyak RM50,000 untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang filem di luar negara.
  2. Pelakon Utama Kongsi, Shahiezy Sam - Menerima RM60,000
  3. Yana Samsudin - Menerima RM10,000
  4. Fizo Omar - Menerima RM5,000
Senarai Penerima Sumbangan
Persatuan Seniman Malaysia - RM1,000
Persatuan Karyawan Malaysia - RM1,000
Persatuan Sutradara Malaysia - RM1,000


Tags: , , , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply