Artis kelahiran Kelantan, yang tampak segak bergaya nie, kami dengar buka gerai jual serunding di hadapan pusat membeli-belah Kompleks Pertama, Kuala Lumpur. Khabarnya juga, serunding resepi turun temurun keluarganya itu di beri nama Serunding Fizo Omar. Kalau anda inginkan serunding Fizo nie, di cawangan-cawangan stesen minyak Petronas sekitar Lembah Klang pun ada. Untuk pengetahuan anda, setiap serunding yang dibeli RM2 setiap kilogram daripadanya akan di ambil dan di sumbangkan kepada anak-anak yatim. Fizo juga, kami lihat semakin popular, setelah di ambil TV9 untuk mengacara rancangan 'Nasi Lemak Kopi O'. Berikut gambar dan cerita Fizo, mengenai serunding dan kerjayanya sekarang.
"Sebenarnya perniagaan serunding ni dah lama saya buat, cuma tahun-tahun lepas saya tidak membuka tapak gerai dan hanya menjualnya melalui tempahan sahaja. Tahun ini, saya sendiri yang usahakannya di gerai di hadapan Kompleks Pertama.
"Resipi serunding ini memang milik keluarga kami sendiri dan alhamdulillah, sejak gerai ini dibuka sudah lebih 100 kilogram berjaya dijual. Serunding ini dijual mengikut bungkusan-bungkusan berharga RM15 sahaja, dan ia bukan sahaja dijual pada musim perayaan tetapi sepanjang masa,"
"Sebelum ini saya pernah mengacarakan beberapa program, tapi tidaklah segementar ini. Alhamdulillah, walaupun macam-macam perasaan ada pada ketika itu, tapi saya tetap dapat menjayakannya dengan baik.
"Sekarang ini juga, saya sedang tunggu lima filem saya ditayangkan di panggung, iaitu, Hello, Halimunan, 7 Petala Cinta, Azazil, dan Minyak Dagu. Tahun ni rezeki lakonan datang dengan banyak, jadi saya tidak menolaknya. Saya tidak hanya berlakon dengan filem-filem di bawah terbitan MiG sahaja, tetapi ia semua bergantung pada skrip yang ditawarkan,"
0 comments