Pasangan suami isteri, Yassin & Farahwahida Maharidan, 32, muncul sedondon di Melodi Raya 2011 dalam busana warna hijau sempat menceritakan kisah kehidupan mereka selepas berkahwin. Mereka berdua yang diikatkan sebagai suami isteri pada 15 Mei 2011 di sebuah majlis bertempat di rumah pihak perempuan di Presint 18, Putrajaya mengakui lebih mencintai satu sama lain selepas berkahwin. Yassin dan Farawahida juga berhajat, dengan izin tuhan untuk menimang anak secepat mungkin. Pada masa yang sama, Yassin dan Farawahida juga meminta orang ramai mendoakan kebahagiaan mereka sebagai suami isteri di dunia dan akhirat. Berikut ulasan beliau ketika di temui.
“Seperti orang lain, kami berkawan tidak lama. Awalnya, cuma berkawan biasa, kemudian kami jatuh cinta dan mula menjadi kekasih sekitar 7 bulan. Alhamdullilah, selepas bernikah kami berdua lebih mencintai satu sama lain berbanding sebelumnya,”
“Semua orang inginkan anak, macam kami berdua juga. Cuma, setakat ini rezeki masih belum ada lagi. Kalau boleh memang nak timang anak secepat mungkin.”
“Mengenai persiapan hari raya, saya dapat rasakan suasananya amat berlainan sekali. Apatah lagi, raya kali ini bertemankan suami tersayang, rasa meriah dan gembira sangat. Hari raya pertama, kami bercadang untuk balik ke kampung suami dahulu, kemudian baru ke kampung saya,”
About author
Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.
0 comments