Mizz Nina Mula Memasak Untuk Suami

Hampir sebulan sudah rasanya pasangan bahagia Mizz Nina dan Noh Salleh atau dikenali dengan Noh Hujan bergelar suami isteri. Noh khabarnya teruja apabila isteri beliau Shazrina Azman atau mesra di panggil Mizz Nina sudah mula menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan memasak untuk hidangan bersama. Ketika di temuramah pihak rakan media, Oh Bulan, Noh yang gembira menceritakan kisah pertamanya sebagai seorang suami, di katakan akan menyambut hari raya pertama di Kuala Lumur kemudian pada malamnya akan berlepas ke Miri dan Kuching, Sarawak.Tambah Noh lagi, sekarang beliau sedang menjalinkan kerjasama dengan DJ popular Goldfish & Blink untuk menghasilkan lagu baru, untuk Mizz Nina yang berentak elektro. Berikut, sedikit sebanyak temuramah yang di jalankan oleh Oh Bulan bersama Noh Hujan.

“Best’lah sebab sekarang ada orang yang masak, ada orang tunggu. Dulu, sahur atau berbuka makan mana yang sempat je. Aku baru 3 hari balik daripada honeymoon. Sekarang, Mizz Nina sudah start masak, kacak!
“Setakat ini, Mizz Nina playsafe, masak yang simple-simple dulu. Antara lauk pauk yang dia masak seperti ayam kicap, ada sambal belacan & sebagainya. Ada yang terlebih masin, tapi okay lagi la,”
“Mengikut perancangan, aku & Mizz Nina akan menyambut hari raya pertama di Kuala Lumpur. Kemudian, kami akan mengambil penerbangan di tengah malam untuk ke Miri & Kuching pula. Setakat ini, kami belum mempunyai sebarang perancangan persiapan raya.
“Mengenai aktiviti band, Hujan akan mengadakan persembahan sempena Borneo Tour selepas raya nanti. Namun, tarikh yang spesifik masih belum diumumkan lagi.
“Aku ada produce lagu untuk Mizz Nina dengan kerjasama Goldfish & Blink. Malah, aku juga telah melancarkan hasil kolaborasi bersama DJs ini melalui lagu Bila Seharusnya, baru-baru ini.”
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply