Baru-baru nie heboh mengatakan rumah tangga Zizan Nin dan isterinya Fazilah Hani goyang. Namun, semua itu di nafikan Zizan sekeras-kerasnya. Siapa kata beliau tidak pernah bergambar dengan isterinya? terbaru, beliau hadir bersama isterinya pada Majlis berbuka puasa anjuran Syarikat pengurusanya Aquila Emas Sdn Bhd. Zizan yang hadir berbaju melayu dengan isterinya berbaju kurung moden, tidak segan bergambar di hadapan kamera. Sudah hampir satu tahun lima bulan beliau dan isterinya berumah tangga, beliau langsung tidak mempunyai masalah kekeluargaan, katanya. Fazilah Hani Datuk Harun atau Hani, bekerja sebagai Penerbit Berita di saluran ntv7 juga menyatakan, beliau kerap juga menemani Zizan ke lokasi penggambaran sekiranya mempunyai masa lapang, malah pernah membawa keluarganya sekali melihat suaminya itu menjalankan tugas sebagai pelakon. Zizan juga gembira dengan perniagaan menjual Baju Melayu menggunakan namanya sebagai label semakin mendapat sambutan. Bagaimanapun, Zizan dan isteri belum mendapat rezeki di kurniakan cahyamata, namun beliau dan isteri redha dan sabar menuggu pemberian Ilahi. Zizan juga menyatakan, beliau sekarang amat gembira kerana dapat meluangkan masa memasak, bersahur, berbuka dan bertarawih bersama isteri tercinta. Berikut beberapa ulasan Zizan Nin ketika di temui pada majlis tersebut.
“Isteri sering juga mengikut saya ke lokasi, tetapi tengok juga lokasi yang bagaimana. Jika lokasi bersesuaian, saya akan bawa. Keluarga mentua juga pernah datang ketika saya menjalani penggambaran drama Panggilan Arwah.
“Waktu itu seluruh ahli keluarga isteri datang. Kebetulan ketika itu saya sedang menjalani penggambaran di dalam kubur, setidak-tidaknya mereka faham bagaimana cara saya bekerja.
“Alhamdulillah isteri dan keluarganya memahami saya sebagai pelakon. Contohnya macam sekarang ini, isteri tinggal bersama keluarganya kerana saya sedang menjalani penggambaran drama 13 episod Mahad Mohd Amin untuk stesen AlHijrah. Boleh dikatakan penggambaran yang diadakan di Ulu Klang itu berlangsung hingga tengah malam setiap hari, jadi saya suruh isteri tinggal di rumah ibu bapanya saja sebab kasihan melihat dia tinggal berseorangan di rumah. Selepas penggambaran saya juga akan terus pulang ke rumah mentua,”
“Bergaduh ‘manja-manja’ dalam rumah tangga perkara biasa. Bagaimanapun, apabila timbul cerita yang mengatakan rumah tangga kami bergoyang, saya risau. Saya dan isteri mungkin faham dengan apa yang berlaku, tetapi keluarga mentua tidak memahami. Jadi ia memerlukan masa untuk kami menerangkan kepada keluarga apa yang berlaku,”
“Setakat ini saya dan isteri belum lagi buat apa-apa. Mungkin kalau usia perkahwinan masuk dua tahun barulah kami akan memulakan ikhtiar. Saya tahu dari cara isteri, memang dia teringin sangat menimang cahaya mata. Tapi saya beritahu isteri, mungkin tuhan ingin kami berbulan madu lagi,” kata Zizan yang menyambut Ramadan dan Syawal buat kali kedua sebagai suami.
“Sejak kecil lagi saya sudah didedahkan dengan kerja dapur. Selalunya saya menjadi budak suruhan arwah emak ke kedai buat salinan buku resipi yang dipinjam daripada rakan. Emak memang berniaga kuih, jadi sayalah yang selalu kena tolong buat apa yang patut di dapur.
“Disebabkan itu, saya minat memasak. Kalau ada cuti panjang, saya memasak di rumah. Tapi yang kelakarnya, kami tinggal berdua tapi memasak macam ramai sangat orang yang ada di rumah. Sudahnya juadah yang kami masak akan dimakan berulang kali dari pagi hinggalah ke malam,”
About author
Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.
0 comments