Noraniza Idris Bakal Kahwin 1 OKtober 2011?

Tambak Johor, Johor merupakan tempat asalnya Ratu Pop Entik, iaitu Noraniza Idris,42. Kami mendapat perkhabaran dari Murai, bahawa Noraniza Idris bakal melangsungkan perkahwinannya pada 1 Oktober 2011 tidak lama lagi. Noraniza Idris dikatakan bakal mengikat tali perkahwinan dengan seorang ahli perniagaan yang sering keluar bersamanya. Pada kami, mungkin orang yang di maksudkan adalah Jeffri Iman. Khabarnya juga, Noraniza Idris juga, akan melangsungkan perkahwinannya secara besar-besaran dan akan memaklumkan berita gembira itu kepada pengetahuan pihak media tidak lama lagi. Sekiranya beliau jadi melangsungkan perkahwinannya, maka, ini ialah kali ketiga beliau bergelar isteri. Sebelum ini, beliau juga pernah di gosipkan, akan berkahwin Jun 2011 lalu, beliau di katakan akan berkahwin dengan Jeffri Iman,51 yang telah menjadi bapa tunggal selama 11 tahun kepada 4 orang anak. Jeffri juga di katakan merupakan seorang ahli perniagaan selaku pengurus Absolut U International Private Limited yang merupakan syarikat pelancongan dan umrah. Pertemuan pertama mereka adalah ketika Noraniza Idris memberi sumbangan pada bulan Ramadan hasil jualan barangan dari akademi Tatihseni milik Noraniza di sebuah masjid di Johor Baharu dimana Jeffri yang menjadi bilal bebas di Singapura merangkap ahli dalam urusan sumbangan berkenaan. Sejak dari itu, Noraniza dan Jeffri sering berhubungan dan berbicara melalui Internet yang menghubungkan mereka berdua. Berikut gambar beliau dan bakal suaminya di Konsert Jamal Abdillah J2011-Lagenda di Istana Budaya Januari 2011 lalu
Tags: , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply