Gambar Majlis Pernikahan Nabil & Zira

Dengan 2 kali lafaz, Ahmad Nabil Bin Ahmad, 28 atau lebih dikenali sebagai Nabil Raja Lawak, telah sah bergelar suami kepada bekas pramugari Air Asia iaitu Nazirah Binti Ayub, 23 atau lebih mesra dengan nama Zira. Mereka di satukan dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Majis Tuanku Zainal Abidin Putrajaya, tepat jam 5.16 petang selepas Asar. Nazirah yang tampil dengan busana kurung moden dan Nabil segak dengan baju melayu moden hasil rekaan Wazira Zainal, telah di nikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Ustaz Mohd Ridza Ahmad berwalikan bapa Nazirah iaitu En. Ayub Hassan. Nazirah menerima mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin bernilai RM5,000 manakala wang hantaran sebanyak RM15,000. Nazirah juga menerima 7 dulang hantaran berkonsepkan White English Contemporary iaitu gabungan wang hantaran dan sebentuk cincin, tepak sirih, sebuah Blackberry Playbook, kasut Stuart Weitzman, set wangian Laura Mercier, set alat solekan dan senaskah tafsir Al-Quran. Manakala Nabil pula menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan berkonsepkan Red Rhapsody iaitu sebentuk cincin, coklat Godiva, sepasang kasut Tods, sebuah PlayStation 3, sebuah iPad, senaskah Al-Quran, tepak sirih, buah-buahan dan kek fonding. Kami di fahamkan, kesemua hantaran hasil gubahan Persada Embun. Untuk makluman, majlis resepsi mereka yang bertemakan Wonderland akan berlangsung pada 2 Oktober 2011 ini hari Ahad, bertempat di Digital Park i-City, Seksyen 7, Shah Alam. Berikut beberapa gambar di sekitar Malis Pernikahan mereka. Kredit OhBulan dan Roti Kaya untuk gambar ini.
Photobucket
Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply