Nabil & Nazirah Ingin Anak Selepas 2 Tahun Berumahtangga

Dalam temubual media dengan pasangan Ahmad Nabil Ahmad, 28, dan Nazirah Ayub, 23, selepas sahaja selesai majlis pernikahan mereka di Masjid Tuanku Mizan semalam, mereka katanya ingin mempunyai cahaya mata apabila masuk tahun kedua perkahwinan. Kata Nabil, buat masa ini mereka mahu menjalani kehidupan sebagai suami isteri terlebih dahulu. Mengenai persiapan berbulan madu, khabarnya mereka tiada apa-apa perancangan melainkan ingin menunaikan umrah bersama pada hujung tahun 2011 ini. Nabil katanya tertarik dengan Nazirah kerana bekas pramugari AirAsia itu seorang yang peramah dan boleh serasi dengannya. Manakala Nazirah pula mengakui perkenalan singkat mereka mampu meyakinkannya untuk hidup bersama dengan Nabil yang kini semakin popular. Selepaas meletakan jawatan sebagai pramugari Air Asia, Nazirah tambahnya akan membuka perniagaan butik pakaian di sekitar lembah klang. Nantikan majlis resepsi mereka yang akan diadakan pada Ahad ini di I-City, Shah Alam, Selangor. Berikut ulasan pasangan tersebut.

Ulasan Nabil
"Kami merancang untuk ada cahaya mata pada tahun kedua perkahwinan nanti. Sekarang ini kami masing-masing mempunyai perancangan untuk kerjaya, Insya-Allah kalau boleh kami mahu tiga cahaya mata,"

"Kami belum rancang apa-apa untuk berbulan madu. Cuma saya terfikir untuk pergi menunaikan umrah bersama-sama sebelum berbulan madu," 
 Ulasan Nazirah"Saya percaya dia boleh menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Sepanjang perkenalan kami dia menunjukkan kesungguhannya untuk hidup bersama saya,"
Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply