Gambar & Video Siti Nurhaliza Di Pelancaran Album All Your Love

Semalam merupakan pelancaran Album Inggeris Pertama Dan Terbaru Datuk Siti Nurhaliza yang berjudul All Your Love di Starhill Gallery, Kuala Lumpur. Ramai artis, selebriti dan tetamu yang hadir di majlis tersebut, antaranya Maria Farida, Azwan Ali, Azlan The Typewriter, Shila Amzah, Nadhira dan ramai lagi. Datuk Khalid Mohd Jiwa juga turut hadir memberi sokongan dan melancarkan album terbaru isterinya itu. Kami rasakan, album terbaru beliau juga merupakan hasil keluaran keluarganya, mana taknya, Adib Khalid anak tirinya juga terbabit dalam menerbitkan album terbarunya ini melalui Syarikat What's Up Entertainment (WUpE) milik anak tirinya itu. Album yang terkandung 10 lagu kesemuanya berbahasa Inggeris ini, termasuk Remember You yang turut menampilkan Sean Kingston sebagai artis jemputan, pasti mendapat sambutan hangat di dalam dan luar negara. Untuk pengetahuan anda semua juga, Album All Your Love ini mendapat sentuhan ramai pakar dalam bidang muzik termasuk mereka yang pernah menyumbang kepada Lady Gaga, Kanye West, Usher dan Macy Gray. Berikut beberapa gambar dan Video Siti Nurhaliza di majlis pelancaran album barunya itu.

 
Tags: , , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply