Kenyataan Adda Melampaui Batas - Mamat Sepah

Pasangan yang hangat bercinta Mamat dan Fida
Khabarnya bekas anggota Sepah ini, yang nama sebenarnya Mohd Noor Murad menganggap tuduhan yang dibuat oleh bekas kekasihnya Nur Syuhada atau lebih dikenali dengan Adda, mengenai rahsia kisah cinta mereka yang di bongkar bekas kekasihnya itu baru-baru ini, sebagai melampau batas dan mempunyai agenda tertentu kata Mamat. Kalau anda terlepas cerita tersebut Klik Sini. Malah apa yang mengejutkan kami, beliau khabarnya berani menjunjung kitab suci Al-Quran dan bersumpah bahawa kenyataan yang dibuat oleh vokalis kumpulan Butterfly dan adik kepada seorang ahli gitaris Kumpulan Kristal tersebut adalah tidak benar. Bagaimanapun, beliau katanya sedar bahawa, perkara sebegini akan berlaku dan katanya ingin menasihati Adda agar tidak membesarkan lagi perkara ini. Beliau juga menafikan yang beliau sebagai punca perpecahan Sepah, kerana keputusan berkenaan adalah persetujuan daripada ketiga-tiga pihak. Dan ketika di tanya mengenai Fida kekasih barunya itu, dia berkata Fida adalah seorang yang profesional dan open minded malah katanya, Fida menasihatinya agar tidak cepat melatah. Berikut ulasan Mamat ketika di temui.
Mamat dan Adda ktika hangat bercinta suatu ketika dahulu
"Saya mengaku meninggalkan dia dalam keadaan yang dia sangat sayangkan saya dan begitu juga saya terhadapnya. Namun ada perkara lain yang saya tidak boleh terima dalam hubungan itu sehingga membuatkan saya mengambil keputusan memutuskan hubungan.
"Biarlah saya dan dia sahaja yang mengetahui perkara tersebut kerana jika saya buka mulut ia tidak beri faedah kepada sesiapa pun, malah memburukkan lagi keadaan,"
"Saya tahu kekecohan ini terjadi disebabkan tindakannya yang mahu memperbesarkan perkara itu. Dia pernah beritahu saya tentang hajat berkenaan tetapi saya sudah mengingatkannya supaya tidak meludah ke langit, takut terkena muka sendiri.
"Tentang cincin yang saya telah berikan, memang saya minta semula daripadanya kerana itu adalah tanda ikatan sebuah hubungan, namun saya terus buang kerana tidak sanggup mengenangnya lagi,"
"Perkara itu sudah dijelaskan dan keputusan itu adalah daripada kami bertiga buka kerana saya seorang,"
"Fida menyuruh agar saya tidak melatah kerana ini adalah asam garam kehidupan sebagai artis dan dia sangat memahami situasi saya sekarang,"
Lagi gambar Mamat Sepah dan Adda Ketika Bercinta dahulu 
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply