Mesej Lucah, Jejaskan Zain Saidin

Khabarnya Zain Saidin, 27, merasakan reputasinya sebagai seorang artis agak terjejas apabila isu kononnya dia menghantar mesej lucah melalui Blackberry Messenger (BBM) kepada penyanyi Ika Nabila, yang didedahkan oleh Melodi pada 4 September 2011 lalu. Beliau menafikan tentang penghantaran BBM tersebut, malah terkejut apabila isu berkenaan tiba-tiba dibangkitkan sedangkan dia langsung tidak pernah rapat dengan penyanyi tersebut. Sebelum ini, Ika pernah membuat kenyataan dalam rancangan Melodi terbitan TV3 bahawa Zain telah menghantar mesej lucah kepadanya sehingga membuatkan dia rimas dengan mesej-mesej tersebut. Bagaimanapun, Ika dan Zain telah dipertemukan dalam rancangan tersebut menyebabkan kedua-dua mereka saling bermaaf-maafan. Tambah Zain, apabila dia disoal secara tiba-tiba oleh wartawan rancangan tersebut, dia terkedu dan tidak sangka namanya boleh dikaitkan tentang cerita-cerita negatif seperti itu. Dalam pada itu, Zain memberitahu, dia dan Ika tidak lagi mempunyai masalah selepas dipertemukan dalam rancangan tersebut. Untuk pengetahuan anda, Zain sedang sibuk dengan penggambaran drama Kiah Pekasam musim kedua di Perlis. Berikut ulasan Zain ketika di temui.
Ika Nabila atau Ika AF6 yang pernah muncul dalam drama Tower 13
"Saya terkejut apabila dikatakan menghantar mesej lucah kepada Ika sedangkan kami tidak pernah berkawan rapat atau pun bergandingan bersama dalam mana-mana drama.
"Bila keadaan ini terjadi, saya percaya, reputasi saya sebagai seorang pelakon turut tergugat kerana bukan semua orang suka dengan cerita-cerita negatif tentang selebriti-selebriti tempatan,"
"Apa-apa pun saya tidak bersalah tentang hal ini dan tidak mahu memanjangkan cerita. Biaslah, ada yang menyukai kita dan ada yang tidak.
"Lagipun saya tak ambil kisah dengan isu ini. Mana tahu, ada orang lain yang menggunakan nama saya dalam BBM dia (Ika), saya tak tahu. Biarlah saya terima isu ini sebagai perkara positif,"

Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply