AC Mizal Promosi Perniagaan Baru Melalui Twitter

Khabarnya AC Mizal kembali dengan perniagaan baru iaitu perniagaan kedai serbaneka. AC Mizal khabarnya juga, cuba untuk menjadikan franchise kedai serbanekanya itu, seperti sebuah perniagaan MLM yang pernah beliau pelopori dahulu. Selepas isu perniagaan gelang magnetik beliau yang tidak selesai sehingga ke hari ini, AC Mizal di lihat masih tabah memulakan perniagaan barunya. Kini bersama AC Living Large, AC Mizal membuka satu cabang perniagaan lain dengan memperkenalkan pakej untuk rakan niaga membuka kedai serbaneka yang di beri nama M7. Apa yang menariknya, AC Mizal di lihat aktif mencari rakan perniagaan baru untuk melabur dalam perniagaan kedai serbaneka beliau melalui Twitter. Malah, beliau turut menghantar tweet kepada artis-artis lain dan usahawan yang besar namanya di Malaysa ini, untuk melabur dalam perniagaan barunya. Adakah cara beliau profesional?? anda nilaikan sendiri.. hehe.. Apa pun, itu satu usaha yang baik untuk mempromosikan produk tanpa mengeluarkan modal.. tak gitu???

Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply