Adibah Noor Kesal Gagal Pimpin Namewee

Baru-baru nie kecoh tentang kontroversi antara Namewee dengan seorang wartawan Utusan iaitu Fauziah Arof yang hangat di YouTube. Bermula dengan penulisan wartawan utusan tersebut bertajuk Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee... ia sekaligus telah menaikan darah pengarah Nasi Lemak 2.0 tersebut, sehinggakan beliau meluahkan perasaan geramnya ke laman YouTube melalui video bertajuk 'Namewee FxxK UTUSAN!!! 黃明志幹五毒散' untuk melepaskan kemarahanya. Berbalik pada kisah Adibah Noor yang turut terbabit dalam filem arahan Namewee ini, beliau dalam temubual media berkata, beliau amat berasa kesal terhadap apa yang menimpa Namewee baru-baru ini.
 "Saya kesal dua perkara,"
"Satu, Namewee tidak mampu kawal panas barannya. Kedua, kita yang dapat menghampirinya masih tidak dapat pimpin dia. 'Kita' merujuk kepada sesiapa yang dapat berjumpa dan bekerjasama dengannya.
"Seperti bila bekerjasama di dalam filem 'Nasi Lemak 2.0', saya cuba tunjukkan yang bangsa kita tidak seperti yang disangka, that 'Hello, boy. Wake up, everyone is just like you.'
"Bila dapat tahu (tentang video itu), 'Alamak, apa budak ni nak buat.' Rilekslah dulu. Jika masyarakat nak benci, biarlah. Tapi cuba fahami where he's coming from. 
"Baik saya mahupun Afdlin (Shauki) tidak menyokong tindakannya. Kita tak suka but what are we doing about it? Adakah kita nak biarkan dia menjerit seorang diri? Atau adakah kita akan pimpinnya? Sebaiknya, kita duduk dengannya, cakap cara baik dan tanya, bagaimana kita boleh menolong anda,"
Berikut video kontroversi yang di maksudkan serta teks penulisan wartawan utusan Fauziah Arof yang menaikan kemarahan Namewee.

Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee...

MELIHAT reaksi orang ramai mengenai filem sulung arahan Namewee, Nasi Lemak 2.0 yang dikatakan mereka sebagai sebuah filem ‘komedi sosial’ yang baik lagi menghiburkan, ia tidak sedikit pun menarik minat saya untuk menonton filem tersebut.

Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini, walaupun dibarisi oleh nama-nama selebriti handal yang saya kagumi seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, apatah lagi melanggannya di Astro First apabila filem itu habis ditayangkan kelak.

Sebabnya, bukan kerana filem Nasi Lemak 2.0. Tetapi kerana si pengarah dan penulis skripnya yang banyak mengguris hati rakyat Malaysia sebelum ini.

Tentu kita belum dapat melupakan lagi, pemuda yang berasal dari Johor ini pernah dengan lagu Negarakuku, memperlekeh negara dan menghina wanita Islam bertudung dan azan subuh.

Selepas itu, dia atau nama sebenarnya Wee Meng Chee buat hal lagi dengan menghina TNB dan dalam lagu bertajuk Kawanku menghina Melayu dengan lirik ‘Melayu Balik Hutan Jadi Sakai’.

Dan ada lagi, dia membuat satu lagi klip video yang menghina Guru Besar dan Kementerian Pelajaran dengan perkataan-perkataan lucah.

Sekarang, Namewee melalui Nasi Lemak 2.0 pula menyifatkan, filem lakonannya itu adalah aspirasi 1Malaysia, yang melambangkan penyatuan dan perpaduan kaum di negara ini.

Alahai, dia pula bercakap pasal 1Malaysia. Adakah anak muda ini sedar, bukankah perpaduan di negara ini dipupuk dengan cara kita menghormati setiap kaum yang ada. Bukan dengan menghina dan memperlekehkan sesuatu kaum dan negaranya seperti yang disiarkan di YouTube.

Namun ‘perjalanan seni’ anak muda ini boleh disifatkan luar biasa, kerana setelah apa yang dilakukannya, peliknya dia masih diberi peluang berjumpa seorang menteri, dan tiada tindakan yang diambil terhadapnya.
Dan dia yang banyak ‘diberi muka’ ini juga dengan yakinnya mahu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula untuk menyokongnya berkarya atas nama 1Malaysia.

Siapa dia Namewee ini, apa keistimewaan dan kekebalannya? Jawapannya, lelaki ini telah menyakiti hati ramai orang terutamanya orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Seperti yang ditegaskan, saya tiada masalah dengan filem Nasi Lemak 2.0. Saya menyokong filem tempatan dan tidak kisah mengeluarkan wang menonton filem Melayu di pawagam.

Apabila memperkatakan tentang filem berunsurkan 1Malaysia, bukan filem Nasi Lemak 2.0 sahaja mempunyai aspirasi ini. Saya juga telah menonton filem Estet di pawagam.

Estet arahan Mamat Khalid ini menggabungkan kehidupan semua kaum di negara ini yang saling hormat-menghormati dan membantu antara satu sama lain dalam sebuah kampung.

Dan saudara Mamat kita ini, tidak heboh pun dengan mengangkat filem tersebut sebagai filem 1Malaysia!
Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply