Fida Sedih, Terkilan & Kecewa Dengan Mamat Sepah

Setelah lama mendiamkan diri selepas kontroversi gambar tidak bertudung Fida yang di muatnaik oleh Mamat Sepah ke laman sosial Facebook miliknya, Fida nampaknya melahirkan rasa kecewa, terkilan dan sedih di dalam Metro Ahad dalam ruangan BiPop. Fida katanya telah tawar hati dan terluka atas apa yang mamat telah lakukan. Fida juga menceritakan situasi yang sebenar mengenai kontroversi gambar tidak bertudungnya dalam temubual tersebut. Fida juga berasa kecewa dan tidak yakin dengan alasan yang di berikan Mamat kepada media baru-baru ini, antaranya Mamat tidak perasan memuatnaik gambar tersebut juga matanya ketika itu rabun. Dan fida juga tidak tahu, kenapa Mamat perlu memuat naik gambar peribadi miliknya. Fida juga dalam masa yang sama katanya, sudah tidak percaya akan Mamat dan tidak tahu hala tuju sebenar hubungan percintaan mereka. Dalam pada masa yang sama, Fida juga memberitahu yang beliau terlalu terpengaruh dengan fesyen sehingga menggayakan tudung yang pelik-pelik dan menyebabkan ramai peminatnya tersinggung. Fida juga memohon maaf atas kesilapan tersebut, dan berharap akan dapat mengembirakan peminatnya semula. Berikut antara luahan dan penjelasan Fida di BiPop.

Ketika Aidilfitri baru-baru ini, saya datang ke Johor beraya rumah keluarga Mamat. Selepas memperoleh pasport, kami bercuti ke Singapura, saya tak pernah ke sana. Tapi kami balik hari, namun apabila ke Batam, kami menginap di situ. Ketika berada di Batam, Mamat ambil gambar saya yang menampakkan sebahagian rambut itu dan dia juga yang muat turun gambar berkenaan di dalam Internet

Bagi saya, gambar itu sangat peribadi. Saya pernah cakap dengan Mamat, gambar peribadi adalah untuk simpanan peribadi. Apabila gambar itu tersebar di Internet, saya baca alasan Mamat, dia tak perasan dan kepada sesetengah media masa pula, beliaun menjelaskan tindakan itu disebabkan matanya rabun. Saya tak boleh terima alasan Mamat. Kesannya adalah saya, bertalu-talu saya kena hentam. Saya terkilan dengan perbuatan Mamat. Sebaik saja mengetahui mengenai penyebaran gambar berkenaan, saya ada tanya dia kenapa? Bagi saya alasan yang diberikan Mamat, nampak dirinya tak matang. Namun selepas itu sudah berminggu-minggu kami tidak bercakap mahu berjumpa.

Saya tak tahu apa tujuan Mamat memuat turun gambar itu di dalam Internet. Namun yang jelas diri saya sudah diaibkan. Saya juga tak faham kenapa Mamat memuat turun gambar kami berdua saja, seolah-olah tiada orang lain di situ. Bagi saya bukan hanya menerusi gambar Mamat mengaibkan saya, tapi persepsi orang menjadi negatif, mungkin mereka beranggapan kami bercuti berdua sahaja.

Selama ini saya mempercayai Mamat, tapi apabila berlaku perkara seumpama ini, Mamat sebenarnya sudah mematahkan kepercayaan saya terhadapnya. Kami sekadar bercuti ke Batam, bagi saya kenapa gambar macam tue pun dia nak muat turun dalam Internet? Mungkin apabila dia boleh tunjuk rambut saya kepada semua orang, mungkin dia berasakan dirinya hebat. Saya tak tahu apa sebenarnya tujuan Mamat. Terus-terus, apabila perkara ini berlaku, saya memang sangat sedih, terkilan dan kecewa dengan tindakan Mamat. Hati saya memang dah tawar dengan Mamat. Hati saya masih terluka dengan perbuatan Mamat. Dia seharusnya berfikir dulu sebelum bertindak dan bercakap. Jangan dah buat, baru rasa kesal.

Mamat boleh minta maaf, tapi bagaimana dia nak tutup tohmahan orang terhadap saya? Sekalipun gambar berkenaan sudah dipadamkan dari Facebook Mamat, gambar itu sudah tersebar merata-rata. Buat masa ini, saya tak boleh terima Mamat, nak bercakap atau berjumpa dengan dirinya sekalipun, saya tak boleh. Mamat pernah cakap, dia sayang saya. Saya tak faham apa erti sayang bagi Mamat. Jika benar-benar menyayangi saya, beliau seharusnya memelihara air muka dan maruah diri saya. Justeru, saya amat-amat terkilan dengan sikap Mamat, sangat kecewa dengannya.

Bagi saya, sekiranya Mamat berasakan dirinya bersalah, dia harus minta maaf dengan ikhlas, tak perlu mempertahankan dirinya lagi. Kesungguhannya saya tak nampak. Maaf Mamat tidak berharga. Dia tak mampu mengembalikan maruha saya yang tercemar. Saya tak pasti di mana pengakhiran perhubungan kami nanti. Saya berasakan diri ini seolah-olah teraniaya.

Tujuan asal saya bertudung kerana mahu menutup aurat, kini saya terpengaruh dengan fesyen. Fesyen bertudung saya hari ini tiada kena mengena dengan sesiapa, termasuk Mamat. Namun selepas menyedari ada pihak yang tidak senang dengan fesyen tudung yang saya gayakan, saya minta maaf kepada pihak yang tersinggung. Saya tidak lepas daripada melakukan kesilapan.
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply