Kakak Norman Hakim Bersihkan Nama Baik Resepsi 12 Juta

Banyak kontroversi yang terlakar di media, laman sosial dan forum-forum selepas berakhirnya Majlis Resepsi Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang di gembar-gemburkan bernilai 12 juta leh pihak Rfflesia yang di adakan pada 28 September 2011 lepas yang di hadiri tidak sampai 200 tetamu. Oleh itu, Kakak Norman Hakim yang di kenali sebagai Norish Zaid telah mengeluarkan kenyataan tentang majlis tersebut, bagi membersihkan nama baik majlis resepsi jutaan ringgit itu di ruangan komen portal berita MyNewsHub. kenyataan itu juga di lihat khususnya untuk chef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan yang merupakan salah seorang selebriti yang pertama mengeluarkan pendapat mengenai majlis resepsi adiknya dengan Memey itu. Menurut Norish, mereka dan pasangan tersebut dilayan dengan baik oleh pihak penaja dan Rafflesia dari awal lagi memaklumkan bahawa majlis berkenaan sememangnya bertujuan untuk mempromosikan industri mutiara negara dan perkahwinan itu ke seluruh dunia. Beliau juga berharap tiada pihak mempertikaikan nilai tajaan majlis tersebut kerana perasaan cemburu mereka. Beliau juga menerangkan maksud sebenar lagu Choir yang di dendangkan dalam majlis tersebut. Berikut antara kenyataan Kakak Norman artikal di tulis kembali oleh My News Hub.
KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang mengaku dirinya sebagai ahli keluarga dan kakak kepada Norman Hakim, tampil untuk membela adiknya itu dari terus dikecam pelbagai pihak ekoran majlis resepsi perkahwinan pasangan Norman – Memey Suhaiza yang ditaja pihak Rafflesia Pearl Centre (Rafflesia) baru-baru ini.

Wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai ‘Norish Zaid’ berkata, kritikan pedas oleh Chef Wan terhadap majlis resepsi adiknya itu agak keterlaluan dan beliau menafikan hampir semua pandangan selebriti masakan itu.

“Personally I felt a number of Chef Wan’s statements were a little bit too much. (Secara peribadi, saya merasakan beberapa komen Chef Wan sebagai agak keterlaluan)
“Especially ‘menyifatkan gaun yang dipakai Memey seolah-olah baru keluar dari mesin basuh  & Setakat Berlian and pearls berjuta tu non of the pengantin can take the jewellery pun. Entah2 mlm ni jugak kena telanjang lepas tu Rafelessia ambil la balik simpan.’ IS ACTUALLY TOO MUCH” katanya di ruangan komen berita Mynewshub.my, semalam.

Menurut Norish, mereka dan pasangan tersebut dilayan dengan baik oleh pihak penaja dan Rafflesia dari awal lagi memaklumkan bahawa majlis berkenaan sememangnya bertujuan untuk mempromosikan industri mutiara negara dan perkahwinan itu ke seluruh dunia.

“We & They were actually served very well by Rafflesis’s group etc throughout the whole wedding preparation – In a Royal Suite for a couple of days & nights, no such thing as ‘diorang kena telanhjang terus, laa…!!!’….Rafflessia’s crews were all NICE PEOPLE specially selected to be the main SPONSORS…all the suits were taken care of perfectly well by the crews + the specially hired guards.

“I (as a concerned sister & as critical minded as chef wan—or may be more) had observed & analysed it myself…& we  (family) were also made known earlier that the 12million is not actually for them, (kan dah buat completely dah 3 hari 3 malam di Tenggaroh) but for the WHOLE CEREMONY which is actually aimed to promote Malaysian Pearl Industry & Wedding to the whole wide world” katanya lagi.

Redzuan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan sebelum ini meluahkan rasa kesalnya terhadap majlis resepsi perkahwinan pasangan Norman dan Memey yang dikatakan bagaikan model di majlis mereka sendiri.

Selebriti terkenal itu berkata di laman Facebook miliknya, Chef Wan Fan Club, meskipun majlis yang menelan belanja sebanyak RM12 juta itu berlangsung dengan jayanya namun kedua pasangan pengantin baru itu hanya berperanan sebagai peragawan dan peragawati di majlis itu.
Kakak Norman itu turut menyelar pihak yang memandang negatif terhadap usaha tersebut yang cuba mempromosikan barangan Malaysia.

Beliau juga melihat kritikan yang dilemparkan kepada adik dan adik iparnya sebagai datang dari hati yang kurang senang ke atas mereka.

“Norman & Sweet Memey r selected as their embassy after a number of job done & good record performed to this company long b4 this —tak salah kan? To help promote Malaysia? (see— MALAYs ..stop NEGATIVITY & jealousy-correct ur mind set, please!!!…(..or u r one of them after u’ve gone so far?” ujarnya mempersoalkan pihak yang mempertikaikan majlis tersebut.

Selain itu, Norish turut menjelaskan bahawa majlis tersebut sebenarnya dimulakan dengan bacaan doa yang diadakan di bilik suite hotel berkenaan sebelum majlis dengan Rafflesia dilangsungkan.
Beliau juga menyatakan bahawa majlis Khatam Al-Quran, solat hajat dan bacaan doa selamat turut diadakan pada majlis perkahwinan asal pasangan tersebut yang berlangsung selama tiga hari tiga malam di rumah keluarga masing-masing sebelum ini.

Dalam satu komen berasingan, Norish juga memberitahu bahawa tiada sebarang lagu gereja dimainkan pada majlis perkahwinan adiknya itu sebaliknya yang ada adalah lagu rentak perlahan yang dinyanyikan kumpulan koir yang disertai sebahagian besar anak-anak Melayu.

“Correction-lagu tu, bukan lagu gereja….ahli choir tu, majority anak2 melayu kita dari satu club choir—- lagu2 tu,  memang begitu syahdu & sedap (takkan nak nyanyi rock atau dangdut)….munkin Chef Wan nak lagu nasyid kot? atau tak pernah dengar Choir , kot? Dia hanya ingat choir hanya di gereja?,” jelasnya.

Norish turut meminta Chef Wan sebagai ‘orang tua’ dan bertaraf ‘bintang’ terkenal agar berfikiran bijak serta matang dalam membuat pertimbangan, bersikap positif serta terbuka di dalam memberikan pendapat kepada umum.

Bagaimanapun, Mynewshub.my kurang pasti sama ada benar atau tidak sama ada wanita yang bernama ‘Norish Zaid’ ini adalah benar-benar kakak kepada Norman.
Namun, melalui kesungguhan dan kenyataan panjang lebar yang diberikan di ruangan komen berita yang bertajuk ‘Chef Wan Kritik Pedas Resepsi Norman – Memey’ itu, ditambah pula dengan pengakuannya sebagai ‘NORMAN’S FAMILY REPRESENTATIVE / BIG SISTER’, meyakinkan kami untuk menulis mengenai komen balasnya.
Kami telah cuba menghubungi kembali Norish dan belum lagi mendapat sebarang maklum balas setakat ini.
Apa pun, diharap Norish boleh menghubungi kami untuk kenyataan seterusnya mengenai pertikaian ini bagi memperjelaskan segalanya.
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply