Bob Lokman Nafi Berdakwah Politik

Seperti yang semua ketahui, Bob Lokman telah di tahan oleh penguatkuasa bahagian dakwah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas solat Maghrib di Masjid Kampung Sungai Lui seperti yang kami khabarkan baru-baru ini. Khabarnya, pihak JAIS telah memantau ceramah tanpa tauliah yang di beri oleh Bob Lokman kepada jemaah masjid selama 2 minggu. Untuk makluman anda juga, Bob sebelum ini telah menyertai Parti Politik PAS dan pernah mendakwa, yang beliau tidak percaya akan dunia hiburan lagi, malah menganggap dunia hiburan sebagai hipokrit dan mempunyai unsur-unsur tidak baik. Kenyataan Bob tersebut suatu ketka dulu, telah menaikan kemarahan segelintir penggiat seni hiburan dan mereka terasa terhina dengan dakwaan kurang wajar Bob itu. Berbalik kepada penahanan Bob baru-baru ini, tambah Bob dalam temubual bersamanya, beliau katanya bukan mahu menyebarkan fahaman politik atau mempunyai agenda terselindung yang mahu mempengaruhi orang ramai menyokong parti politik tertentu. Malah tujuanya hanya untuk mendidik ummat Islam agar mendekati Allah. Beliau juga menafikan perjuanganya untuk mengejar populariti malah beliau juga tidak menyusahkan sesiapa. Berikut ulasan beliau.
"Tujuan saya semata-mata untuk mendidik umat Islam mendekatkan diri kepada Allah,"

"Saya hairan mengapa susah untuk berkongsi ilmu agama, lagi pun perjuangan saya bukan untuk mengejar glamor atau meraih populariti.

"Tambahan pula apa yang saya lakukan sekarang tidak menyusahkan orang lain dan tidak salah di sisi agama,"
Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply