Datuk Yusoff Haslam Berjinak Pakai Handphone Kembali

Setelah 10 tahun tidak menggunakan telefon bimbit kerana ingin bebas dengan sebarang gangguan selepas waktu pejabat serta  kontroversi beliau yang diganggu oleh pelakon wanita popular menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan juga panggilan telefon sehingga hampir memporak perandakan keluarganya, kini Datuk Yusof Haslam terpaksa akur, apabila beliau terpaksa melanggar tradisinya itu selepas di minta isterinya, Datin Fatimah Ismail serta pernah di tegur oleh Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang sukar menghubunginya. Walau pun begitu, beliau yang katanya hampir setahun baru menggunakan telefon bimbit bermula awal tahun 2011 ini berkata,kemudahan itu dapat memudahkan urusanya seharian, malah beliau juga semakin rapat dengan meda. Namun begitu, nombor peribadinya itu hanya akan diberi kepada individu-individu yang penting sahaja, dan jauh sama sekali memberi nombornya di kalangan artis, berikutan serik dengan tragedi yang menimpanya dahulu. Berikut antara cerita beliau kepada media.

“Isteri saya membelikan telefon Blackberry untuk saya guna tapi saya tak tahu. Akhirnya saya pakai telefon “cap ayam” cukuplah. Nombornya nampak besar dan senang nak buat panggilan.

Terus terang saya katakan apabila saya pakai telefon bimbit, hubungan saya dengan pihak media semakin rapat. Mereka senang nak cari saya. Malah isteri saya pun tak melarang saya lagi.

Tapi terus terang saya katakan, nombor telefon ini saya tidak akan berikan kepada artis terutamanya artis-artis wanita. Saya tak mahu kejadian lama berulang lagi,”

Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply