Video Animasi DI Majlis Resepsi Nabil & Zira Di I-City

Style Weddings yang terlibar dalam penghasilan cenderahati di majlis perkahwinan Nabil dan Zira telah membuat ramai kanak-kanak terpegun seketika melihat video animasi rekaan mereka yang ditayangkan semasa majlis makan beradap sambil tetamu menjamu selera di I-City kelmarin. Video berjudul ‘Tahniah Nabil dan Zira’ itu, di reka sendiri jalan ceritanya oleh Nabil dan Style Weddings bertanggungjawab untuk mereka karakter dan menganimasikan jalan cerita tersebut.
“Kami menjalankan beberapa kajian terperinci dengan mengambil gambar vespa dan helmet Nabil. Kami juga menonton semula beberapa klip lawak Nabil seperti watak spiderman dan lagu latar yang pernah digunakan oleh Nabil dalam Maharaja Lawak untuk mendapatkan sentimental value terhadap video animasi tersebut kepada Nabil,” kata Sinan, selaku Pengarah Urusan Style Weddings.
Style Weddings juga khabarnya, mengadakan satu pertandingan untuk sesiapa yang inginkan animasi seperti Nabil dan Zira. Sila post “Style Weddings! Saya patut menang animation seperti Nabil dan Zira kerana… (tidak melebihi 20 patah perkataan)” di facebook fanpage Style Weddings atau di twitter @styleweddingsmy
Pertandingan ini akan berakhir pada 24 Oktober dan pemenangnya akan diumumkan pada 26 Oktober 2011. Berikut video animasi yang kami katakan. Kredit OhBulan untuk info ini.
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply