Gambar Photoshoot Lisa Surihani, Aron Aziz & Maya Karin Sempena Filem Ombak Rindu

Baru kami tahu mengenai sebuah filem Ombak Rindu yang bakal keluar di pawagam pada 1 Disember 2011 ini merupakan adaptasi dari Novel ‘Ombak Rindu’ karya Fauziah Ashaari. Buku yang terlaris keluaran Alaf 21 tersebut di terbitkan pada awal tahun 2000. Untuk pengetahuan anda, filem Ombak Rindu di arahkan oleh Osman Ali malah beliau juga bertanggungjawab untuk lakon layar filem ini di samping Armantono. Sinopss Filem ini berkenaan Izzah yang merupakan seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga. Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Nantikan filem tersebut 1 Disember nanti. Layankan sesi photoshoot 3 artis yang menjadi pelakon utama dalam filem tersebut, iaitu Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani.














Tags: , , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply