Nur Fathia Di Himpit Lelaki Kaya

Semalam dalam Utusan Malaysia, Nur Fathia mengaku, bahawa ramai lelaki hidung belang yang menghimpitnya selepas sahaja popularitinya meningkat naik. Namun, pelakon drama Stanza Cinta ini menolak tawaran lelaki kaya dan berduit untuk menjadikan hidupnya senang dan mewah. Dan apabila di tanya mengenai teman hidup, beliau katanya masih mencari dan inginkan teman hidup yang cukup sifat agamanya dan bukanya golongan kaya dan artis. Berikut antara temubual Utusan Malaysia dan beliau.
“Saya tidak mahu bermain kotor dalam industri ini, saya juga tidak akan menggadaikan maruah saya semata-mata untuk hidup senang.
“Saya hadir dalam kancah lakonan ini juga kerana ikhlas untuk mencari rezeki dan tiada perkara yang kurang elok di sebaliknya,”
“Masih mencari,”
“Saya harap teman hidup saya nanti bukan dari golongan artis dan golongan kaya, saya mahukan seorang lelaki yang cukup sifat agamanya.
“Saya inginkan seseorang yang dapat membimbing dari segi agama dan turut menjadi contoh yang terbaik kepada keluarga saya nanti. Ketika ini memang susah untuk mencari seorang lelaki seperti itu tambah-tambah lagi seorang yang betul-betul ikhlas mencintai kita,”
“Bagi saya kekayaan merupakan satu kemewahan dan kebahagiaan yang sementara, benda itu tiada nilai sebenarnya, bukan mahu menolak tentang rezeki tapi kalau boleh memang saya tidak sukakan lelaki yang memberi umpan dengan kekayaan untuk mendampingi saya,”

Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply