Hari ini heboh apabila isu Tony Eusoff menyertai Group Facebook Murtads in Malaysia and Singapore di naikkan semula di dalam sebuah forum tempatan. Jika anda masih ingat, isu ini pernah di laporkan di Berita RTM pada awal Aidilfitri 2011 yang lepas, selepas beberapa pihak mendapati akaun Facebook milik Tony Eusoff menyertai Group berkenaan. Oleh itu, Tony Eusoff atau nama sebenarnya Anthony Joseph sekali lagi menegaskan yang beliau tidak tahu menahu mengenai pembabitanya dalam group itu, dan ia kemungkinan besar adalah kerana sistem Facebook yang salah, di mana membenarkan mana-mana group FB menambah rakan tanpa persetujuan. Beliau yang juga anak kelahiran Sarawak dan beragama Kristian itu, berasa kecewa dengan sidiran orang terhadapnya kerana isu tersebut. Manakala mengenai namanya, beliau katanya mendapat nama Tony sebagai nama komersial daripada seorang produser, dan ramai mengatakan nama tersebut seperti nama seorang Islam. Tony juga dalam pada itu sempat meneliti Group tersebut sebelum keluar dari group tersebut. Berikut penjelasan dan cerita beliau serta screenshoot facebooknya join group tersebut awal Aidilfitri lepas.Kredit Oh Bulan.com untuk info ini.
“Mungkin ada yang masih belum tahu, tapi saya memang tidak tahu menahu mengenai pembabitan saya dalam grup itu. Dan Facebook ada satu kekurangan dimana admin sesebuah grup boleh menambah rakan tanpa perlu persetujuan dari pemilik akaun kedua,”
“Saya tidak sedar mengenai hal ini sehinggalah keluar di berita RTM dan saya terus cek akaun facebook saya dan remove grup itu dari akaun saya. Kemudian, saya pergi ke balai polis untuk melaporkan kes yang sensitif ini,”
“Kepada orang Semenanjung, saya sebagai orang Sabah & Sarawak terasa hati kerana ada segelintir daripada anda yang mempertikaikan nama yang ada pada kami sedangkan di negeri kami ada banyak lagi nama yang mempunyai Bin dan Binti tapi mereka sendiri tidak beragama Islam,”
“Saya rapat dengan seorang produser bernama Hajjah Rohani Haji Rahmat, dari dialah saya mendapat nama pentas ini. Saya sudah menganggap dia sebagai ibu angkat saya dan dia pun menganggap saya macam anak sendiri.”
“Mengenai nama saya yang seakan-akan orang Islam, saya sememangnya Kristian. Kalau nak panggil saya murtad, lebih baik panggil saya lesbian!”
“Bagi saya, tiada apa-apa yang kontroversi didalam grup tersebut. Tiada isu-isu sensitif yang dibangkitkan seperti yang diuar-uarkan. Apa yang saya lihat, contohnya, situasi mengenai seorang lelaki yang sebelum ini Kristian kemudian masuk Islam atas dasar perkahwinan, kemudian apabila bercerai dia tidak tahu hala tuju manakah yang betul untuk dirinya.
“Adalah 2-3 orang batu api yang cuba menimbulkan isu sensitif namun tiada yang memberikan respon terhadap mereka,”
About author
Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.
0 comments