Kemelut yang melanda pasangan pelakon Juvana, Johan Asa’ari dan Izreen Azminda nampaknya semakin panas. Izreen baru-baru ini telah menunjukkan video pengakuan cinta Johan terhadap dirinya kepada pihak media. Video itu sebagai bukti yang mereka memang bercinta. Ini sekaligus menepis dakwaan Johan yang mengatakan mereka hanya berkawan rapat. Ketika ditemui di majlis ramah mesra bersama calon-calon Anugerah Skrin 2011 di Pusat Membeli Belah One Utama, petang semalam, semasa temubual berasingan dengan Johan selepas temubual bersama Johan dalam suatu masa,Izreen turut memberitahu Johan atau lebih mesra dengan panggilan Botak ada merancang untuk mengikat tali pertunangan dengannya. Katanya, Johan juga, ada memohon maaf kepadanya selepas perkara ini timbul. Status beliau dan Johan katanya telah berakhir dan beliau tidak mungkin akan bersamanya lagi. Berikut penjelasan Izreen. Kredit Gua
“Dia ada janji banyak perkara dengan saya. Dia ada merancang untuk bertunang dengan saya. Perkara ini disaksikan sendiri oleh kawan-kawan rapat dan juga keluarga saya. Malah saya juga ada bukti SMS mengenai isu bertunang ini,”
“Dia memang ada hubungi dan juga menghantar SMS kepada saya, tapi hanya selepas habis penggambaran Cinta Elysa. Kenapa perlu selepas habis penggambaran baru nak hubungi saya? Saya tak tahu yang dia ingat saya masih wujud ke tidak. Bagi saya, dia tidak perlu perjelaskan apa-apa.
“Dia juga ada SMS memohon maaf kepada saya. Johan memberitahu dia dah habis shooting dan tak ada apa-apa hubungan dengan Fasha. Saya tak pernah salahkan Fasha dalam hal ini. Isu yang timbul ialah dari sikap lelaki itu sendiri. Ini bukan soal kuat cemburu, tapi biarlah saya sendiri saja yang tahu sebabnya,”
“Adalah benda-benda yang buat saya kecil hati dengan dia. Bagi saya, jika dia tak nak dengan saya, cakap saja dari awal, kan senang. Saya tak gaduh dengan dia, tapi yang paling membuatkan saya kecil hati dengan dia ialah jangan sesekali menggunakan isu agama untuk tutup kesalahan sendiri,”
“Saya dah putus dengan dia. Tak mungkin kami akan merujuk semula. Namun, jika nak digandingkan selepas ini, saya tak ada masalah. Saya okay dan profesional untuk berjumpa atau bergambar dengan dia.
“Ini kerana saya tak ada masalah dengan dia. Saya tak salahkan dia kerana ada juga salah saya. Bagi saya, jika dia mengaku, tak akan jadi macam ini. Kalau boleh saya tak nak panjangkan lagi isu ini kerana pada masa akan datang, mungkin kami akan berlakon bersama-sama lagi.”
About author
Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.
0 comments