Selepas temubual bersama Izreen mengenai hubungannya dan Johan, Johan Asari apabila di tanya mengenai video pengakuan cintanya kepada Izreen, yang di tunjukan Izreen kepada media sebentar tadi, beliau hanya menjawab "Saya tak tahu". Dalam video tersebut, Johan telah mengucapkan kata-kata sayang dan I Love You kepada Izreen. Namun, beliau yang kini popular dengan drama Cinta Elysa langsung tidak memberi sebarang komen, malah mendiamkan diri dan hanya tersenyum sahaja. Johan juga apabila ingin di temubual, beliau kerap kali mengelak serta tidak menjawab soalan apabila para media mengajukan mengenai isu ini. Namun setelah berusaha mendapatkan penjelasanya, berikut sedikit ulasanya.
“Saya tak tahu.”
“Saya bukan nak putar belit jawapan saya ataupun cuba mengelak. Cuma saya penat dan tidak dapat berfikir dengan baik. Bila nak tanya soal peribadi, biarlah dalam keadaan saya bersedia. Lagipun, saya belum lihat lagi video tersebut, jadi saya tak nak beri sebarang komen. Saya malas nak layan isu ini. Saya betul-betul tak ingat tentang video tersebut kerana banyak lagi kerja yang perlu saya fikir. Mengenai isu I Love You itu pula, itu hal peribadi saya dengan dia.
“Sekiranya betullah kami bercinta, Izreen sendiri telah menipu dari awal. Dia sendiri suruh saya cakap kepada media yang kami hanya berkawan rapat. Jika benar pun kami bercinta, ibu saya mesti tahu,”
“Bagi saya, hubungan kami tak sampai tahap bercinta. Selama kami berkawan, kami memang rapat. Kami mengenali hati budi namun masih belum sampai tahap bercinta. Cinta ini bukan satu perkara yang boleh dimainkan kerana bagi saya, cinta itu sangat agung bagi saya. Bagi saya, jika betul dia ada masalah tentang perasaan, kenapa tak jumpa saya depan-depan. Kenapa mesti terus pergi ke media.
“Patutnya masalah ini tidak perlu diperbesar-besarkan. Saya harap lepas ini tidak ada lagi kontroversi atau publisiti murahan seperti ini lagi. Saya tak suka buat masalah dengan siapa-siapa. Sejujurnya, saya memang kecil hati kerana tiba-tiba saja keluar cerita pasal ini. Saya harap tak ada lagi kontroversi pasal saya lagi. Saya ini pelakon baru, jadi biarlah nama saya naik dengan bakat yang ada,”
0 comments