Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan ada melaporkan, Izreen Azminda katanya terkilan dengan sikap Johan As’ariyang semakin melupakanya, lebih-lebih lagi apabila beliau telah bersama Fasha Sandha di dalam Drama Cinta Elyssa. Malah kata Izreen, panggilan dan mesej yang di hantar langsung tidak di balas. Oleh itu, semalam di pelancaran Anugerah Skrin 2011 di Double Tree By Hilton Kuala Lumpur, Johan menjawab isu tersebut kepada media. Beliau dalam nada terkejut dengan kenyataan Izreen tersebut berkata, beliau hanya berfikiran positif dan tidak pernah terniat apa-apa lebih-lebih lagi dengan kejutan budaya. Katanya, beliau masih ingin belajar. Beliau juga menafikan pernah bercinta dengan Izreen namun beliau dan Izreen hanyalah kawan rapat. Untuk pengetahuan, Johan katanya baru sahaja selesai menjalani penggambaran Jalan Songsang bersama Sheila Rusly baru-baru ini. Berikut penjelasan beliau kepada media.
“Saya amat terkejut apabila dia membuat kenyataan sebegitu di surat khabar dan cakap saya culture shock. Selama ini saya hanya berfikiran positif dan tidak pernah terniat apa-apa dalam hati ini,” ujar Johan memulakan perbualan.
“Saya tak pernah pandang negatif pada senior-senior. Saya masih mahu belajar dan saya mahu orang lain senang berlakon dengan saya. Kenapa tak cakap face to face je dengan saya?”
“Kami tidak bercinta, hanya kawan rapat. Saya anggap hubungan kami di set secara profesional. Sekiranya kami ada hubungan cinta, kenapa dia tidak menghubungi saya terus?
“Saya harap perkara ini tidak berpanjangan, saya pun masih baru dalam industri ini. Saya tidak mahu diri ini hanya popular dengan kontroversi dan perjalanan saya pun masih lagi jauh. Mungkin akan datang kami masih perlu bekerjasama,”
"Pembawakan diri dia tu, saya boleh kata yang Fasha ni macam ‘J.LO Malaysia’ lah. Saya hormati dia sebagai senior saya. Dia banyak ajar saya dalam dunia lakonan. Dia seorang yang komited dan profesional. Dia seorang yang punctual. Sepanjang shooting, 2 kali jer saya datang awal dari dia.
"Saya ingat lagi hari pertama kat set, masa tu saya tengah berbincang dengan direktor, Along. Lepas tu tiba-tiba dia datang. Terus saya rasa diri saya kecik jer… Tapi dia bagus sebab dia bagi semangat kat saya. Dia suruh saya anggap kami sama level.
"Saya dan Fasha, kami memang berkawan. Saya hero dia, dia heroin saya. Dan hubungan itu setakat hanya kat set ‘Cinta Elysa’. Kitorang tak pernah jumpa kat luar. Cuma setiap malam Selasa tu, kitorang ada lah mesej-mesej ingatkan sesama sendiri pasal drama tu. Itu jer.
About author
Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.
0 comments