Rohila Tahir Tidak Mengurus Anuar Zain Lagi ??

Agak menarik gosip kali ini, khabarnya, Rohila Tahir yang merupakan pengurus Anuar Zain dan telah mengurus penyanyi tersebut lebih 10 tahun itu telah tidak bersama penyanyi itu lagi. Khabarnya, Rohila telah menarik diri sejak 30 September 2011 lagi dan beliau berhenti dan tidak menguruskan Anuar Zain, berkuatkuasa 1 Oktober 2011 lalu. Keputusan khabarnya di buat oleh Rohila sendiri selepas mereka balik dari persembahan di Singapura. Bertambah yakin dengan gosip tersebut, apabila Rohila melalui twitter miliknya berkata, beliau kini sedang menikmati erti kebebasan yang baru dapat di miliki. Manakala melalui forum-forum tempatan pula rata-rata membuat kesimpulan dan andaian bahawa perpisahan mereka kerana tercetusnya pergaduhan yang sudah sekian lama berlarutan. Kononya Rohila dikatakan terlalu mengongkong batasan antara Anuar dan peminat sehingga menyebabkan Anuar berasa kurang selesa. Apa pun, hanya Rohila dan Anuar sahaja yang tahu hal sebenarnya. Nantikan penjelasan mereka, dan jangan sesekali percaya dengan gosip yang tidak sahih!! hehe.. Kredit Harian Metro untuk info ini.

Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply