Mamat Sepah Tak Berusaha Untuk Berjumpa Fida

Semalam melalui sebuah portal media, Mamat berkata, yang Fida seharusnya berani untuk berjumpa dan bersemuka dengannya sekiranya benar Fida ingin memutuskan hubungan dengan cara yang baik. Namun, melalui cerita rakan media kami, pihak pengurusan Fida, iaitu Zemir katanya Fida terlalu sibuk untuk menyahut cabaran Mamat semalam. Apa yang Zemir kesal ialah, sikap Mamat yang sepatutnya berusaha bertemu Fida kerana beliau yang melakukan kesalahan, malah beliau seorang lelaki. Zemir juga memberitahu, Mamat hanya membuat 1 panggilan kepada Fida itu pun ketika Fida sibuk dan tidak dapat menjawab panggilan tersebut. Berikut penjelasan Zemir, pengurus Fida ketika di hubungi.

“Kalau betul Mamat ingin bersua muka, kenapa awal awal lagi beliau tidak berusaha lebih untuk mencari Fida sedangkan dia lelaki dan berada dipihak yang salah ketika ini”
“Saya boleh tunjukkan mesej teks saya bersama Mamat yang berulang kali saya nasihatkan untuk hubungi Fida secara terus dan minta untuk bertemu dan berbincang tentang isu ini,” 
“Namun begitulah, hanya satu panggilan yang dibuat dan itu pun Fida tidak sempat angkat kerana sibuk dan sehingga ke hari ini semacam tiada usaha dari pihak Mamat”
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply